Kesejahteraan hidup warga emas : persepsi warga emas terhadap penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Marang, Terengganu
Populasi warga menua saban hari semakin meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Lazimnya, warga emas mempunyai keupayaan fizikal yang terbatas serta sering menghadapi kesukaran untuk menjaga dan mengurus diri mereka sendiri. Tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sudah tua menjadi satu ca...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20507/ http://journalarticle.ukm.my/20507/1/56193-185245-1-SM.pdf |
| Summary: | Populasi warga menua saban hari semakin meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Lazimnya, warga emas mempunyai keupayaan fizikal yang terbatas serta sering menghadapi
kesukaran untuk menjaga dan mengurus diri mereka sendiri. Tanggungjawab menjaga ibu bapa
yang sudah tua menjadi satu cabaran besar buat anak-anak yang tidak mampu untuk menjaga
ibu bapa mereka. Menyedari isu penuaan di Malaysia adalah perkara penting yang perlu
diambil perhatian, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) telah digubal di negara ini pada tahun
1995 dan telah mendapat penambahbaikan pada 5 Januari 2011. Bertitik tolak daripada hal ini,
Malaysia telah menubuhkan satu pusat aktiviti warga emas, khas untuk keluarga yang
memerlukan penjagaan warga emas ketika mereka keluar bekerja. Tempat ini dikenali sebagai
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Satu kajian telah dilakukan bagi melihat persepsi warga
emas terhadap pusat aktiviti warga emas di salah sebuat PAWE di negeri Terengganu. Kajian
persepsi warga emas ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana penubuhan PAWE, Marang
membantu memberi kesejahteraan kepada golongan mereka. Di samping itu, kajian akan
membincang tentang implikasi peningkatan warga emas di negeri ini. Kajian kuantitatif ini
menggunakan borang soal selidik melalui kaedah pensampelan bertujuan (puposive sampling)
yang melibatkan 100 orang responden yang merupakan komuniti berumur 60 tahun dan ke atas
yang tinggal di daerah Kuala Terengganu dan daerah Marang, Terengganu. Data dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian
mendapati bahawa responden bersetuju PAWE Marang dapat mensejahterakan warga emas di
samping dapat menjalani hidup yang lebih baik dan sejahtera. Kajian ini boleh dimanfaatkan
pihak kerajaan dalam merangka dan menyusun strategi bagi membolehkan kesejahteraan hidup
warga emas terjamin. |
|---|