Meneroka dinamik perhubungan dalam kumpulan projek
Kajian ini dijalankan untuk meneroka tentang perhubungan antara ahli dalam kumpulan projek di dalam organisasi. Kumpulan projek diwujudkan dengan mengumpulkan pakar dalam pelbagai bidang bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Ini membantu meningkatkan produktiviti dengan cara memanfaatkan perkongs...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20489/ http://journalarticle.ukm.my/20489/1/30081-102238-1-PB.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk meneroka tentang perhubungan antara ahli dalam kumpulan projek di dalam organisasi.
Kumpulan projek diwujudkan dengan mengumpulkan pakar dalam pelbagai bidang bagi menyempurnakan sesuatu
tugasan. Ini membantu meningkatkan produktiviti dengan cara memanfaatkan perkongsian maklumat dan pengetahuan
oleh para pakar berkenaan dalam melaksanakan tugasan. Namun perkara penting dalam pengoperasian kumpulan
projek ialah perhubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Perhubungan merupakan satu jaringan sosial yang terbina
di antara individu yang melibatkan perasaan, kerjasama dan kebergantungan antara satu sama lain. Apabila bekerja
dalam satu kumpulan, perhubungan perlu dititikberatkan untuk memastikan ahli dapat bekerjasama dengan baik. Ini
akan mendorong ke arah kumpulan projek yang efektif. Namun kajian berkaitan dengan dinamik perhubungan masih
kurang mendapat perhatian daripada pengkaji, khususnya dalam konteks kumpulan projek. Maka kajian ini dijalankan
bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perhubungan ahli dalam kumpulan projek. Kaedah kualitatif
telah digunakan yang mana temu duga separa berstruktur dijalankan dengan melibatkan 15 orang peserta kajian dari
dua organisasi di Malaysia. Dapatan kajian telah mengenal pasti tiga faktor yang saling mempengaruhi perhubungan
dalam kumpulan projek iaitu: usia, komunikasi dan komitmen. |
|---|