Aktiviti antimikrob selulosa bakteria daripada Komagataeibacter xylinus menggunakan minuman manis komersial tamat tempoh sebagai punca karbon
Selulosa bakteria (SB) adalah biopolimer yang penting kepada industri makanan kerana ciri uniknya seperti kapasiti pegangan air (WHC) dan kekuatan mekanikal yang tinggi. SB berpotensi untuk diinovasi dengan penambahan bahan pengawet bagi menyelesaikan masalah pencemaran makanan oleh bakteria pat...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20473/ http://journalarticle.ukm.my/20473/1/27.pdf |
| Summary: | Selulosa bakteria (SB) adalah biopolimer yang penting kepada industri makanan kerana ciri uniknya seperti kapasiti
pegangan air (WHC) dan kekuatan mekanikal yang tinggi. SB berpotensi untuk diinovasi dengan penambahan bahan
pengawet bagi menyelesaikan masalah pencemaran makanan oleh bakteria patogen. Strain Komagataeibacter xylinus
mampu menghasilkan SB yang tinggi melalui proses fermentasi. Namun, proses ini melibatkan penggunaan substrat
berkos tinggi. Justeru, penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan SB daripada punca bernilai rendah seperti
minuman manis tamat tempoh dan menilai sifat antimikrob SB terhadap Salmonella Typhi. Fasa pertama kajian, faktor
yang mempengaruhi penghasilan SB telah dikaji. Keputusan menunjukkan bahawa hari optimum untuk penghasilan SB
adalah pada hari ke-10 fermentasi sebanyak 122.06 g/l. Nilai pH menurun daripada 5.82 pada hari 0 kepada 3.95 setelah
12 hari fermentasi. Kepekatan sukrosa dan protein menurun secara signifikan (p<0.05) sepanjang tempoh fermentasi.
WHC bagi SB adalah sebanyak 22.53 g air/g selulosa dan kadar penyerapan air meningkat apabila masa rendaman
meningkat. Ujian biodegradasi pula menunjukkan SB basah mengurai lebih pantas (95.85%) berbanding dengan SB
kering (68.1%) setelah 8 hari analisis. Pada fasa kedua kajian, SB telah ditambahkan dengan natrium benzoat dan kalium
sorbat menggunakan masa rendaman (0.5, 3, 6 dan 24 jam) dan kepekatan yang berbeza (25, 50, 100, 250, 500 dan 1000
mg/mL) dalam keadaan basah dan kering. Keputusan menunjukkan SB mampu menyerap agen antimikrob dan berjaya
menghalang pertumbuhan S. Typhi. SB basah menunjukkan zon perencatan terbesar (29 dan 17.5 mm) berbanding
dengan SB kering (12 dan 14 mm) pada 24 jam rendaman dalam kepekatan 1000 mg/mL masing-masing untuk larutan
natrium benzoat dan kalium sorbat. Kajian ini menunjukkan potensi selulosa bakteria untuk dijadikan sebagai pembungkus
aktif bagi memanjangkan jangka hayat makanan. |
|---|