Kata kerja dalam dialek Perlis : analisis program minimalis
Dialek Perlis merupakan dialek yang berasal daripada bahasa Melayu yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan mengkaji penutur natif dialek Perlis di Kampung Banat, Arau, Perlis. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti struktur kata kerja, men...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20440/ http://journalarticle.ukm.my/20440/1/190-Article%20Text-277-1-10-20191014.pdf |
| Summary: | Dialek Perlis merupakan dialek yang berasal daripada bahasa Melayu yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan mengkaji penutur natif dialek
Perlis di Kampung Banat, Arau, Perlis. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti
struktur kata kerja, mengkategorikan kata kerja kepada kata kerja transitif dan kata kerja
tak transitif, dan menganalisis struktur kata kerja dalam dialek Perlis menggunakan
Program Minimalis. Aspek yang ditekankan dalam kajian ini ialah aspek sintaksis yang
membuat penelitian terhadap struktur binaan kata kerja. Kaedah kajian yang digunakan
merangkumi kajian lapangan iaitu temu bual dan kaedah analisis data menggunakan
Program Minimalis. Kajian ini telah memilih 5 orang responden yang merupakan penutur
natif dialek Perlis yang telah lama menetap di kampung tersebut bagi memperoleh data yang
asli. Kajian ini mendapati bahawa kata kerja yang wujud dalam dialek Perlis terbahagi
kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Struktur binaan ayat dalam
dialek Perlis juga mempunyai persamaan dengan binaan ayat dalam bahasa Melayu iaitu
SKO. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan teori baharu iaitu Kerangka
Minimalis ini mampu untuk menganalisis kata kerja yang wujud dalam dialek Perlis dengan
jayanya. Hal ini membuktikan bahawa Program Minimalis adalah satu pendekatan yang
berkesan dalam menghuraikan fenomena bagi sesuatu bahasa. |
|---|