Islamophobia dan dasar kepresidenan Amerika Syarikat (2001-2017)
Penyebaran sentimen kebencian dan prejudis terhadap umat Islam bukanlah perkara baru di Barat. Di Amerika Syarikat khususnya, propaganda Islamophobia yang dikaitkan dengan elemen ekstremisme dan radikalisme telah bermula sejak sekian lama tetapi semakin tersebar luas selepas serangan pengganas...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20434/ http://journalarticle.ukm.my/20434/1/182-Article%20Text-263-1-10-20191013.pdf |
| Summary: | Penyebaran sentimen kebencian dan prejudis terhadap umat Islam bukanlah perkara baru di
Barat. Di Amerika Syarikat khususnya, propaganda Islamophobia yang dikaitkan dengan
elemen ekstremisme dan radikalisme telah bermula sejak sekian lama tetapi semakin tersebar
luas selepas serangan pengganas ke atas bangunan World Trade Center pada 11 September
2001. Fokus utama kajian adalah untuk menelusuri pelaksanaan dasar oleh Presiden Bush,
Obama dan Trump serta impaknya terhadap perkembangan naratif Islamophobia dalam
kalangan masyarakat di Amerika Syarikat bagi tempoh 2001-2017. Kaedah kualitatif
meliputi kajian kepustakaan merupakan metod yang digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian
merumuskan bahawa Islamophobia bukanlah satu-satunya faktor signifikan dalam politik
kontemporari, bahkan impaknya dianggap tidak begitu mendalam untuk mempengaruhi
dasar kepresidenan Amerika Syarikat. Islamophobia adalah instrumen politik yang
dikonstruk oleh pihak pemerintah untuk mewujudkan perspektif negatif terhadap Islam dan
Muslim sekaligus menjadi agenda untuk menjustifikasi tindakan Barat dalam ‘perang
menentang keganasan’. Hal ini secara tidak langsung dapat menjelaskan mengapa
Islamophobia turut dipengaruhi oleh sikap dan karektor seseorang penyandang kuasa. |
|---|