Hubungan antara pengamalan yoga, tahap kesejahteraan psikologikal dan tahap minda di bawah ketarasedar

Kesejahteraan psikologi memainkan peranan dalam kehidupan seseorang individu kerana mampu memberikan impak positif ke atas diri. Pengabaian aspek ini dikhuatiri boleh menjejaskan proses kehidupan seharian sehingga mendatangkan pelbagai masalah. Satu kajian dilakukan bertujuan mengkaji hubungan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sudeshna R.Rajasingam, Mohd Nasir Selamat
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20423/
http://journalarticle.ukm.my/20423/1/474-Article%20Text-683-1-10-20220712.pdf
Description
Summary:Kesejahteraan psikologi memainkan peranan dalam kehidupan seseorang individu kerana mampu memberikan impak positif ke atas diri. Pengabaian aspek ini dikhuatiri boleh menjejaskan proses kehidupan seharian sehingga mendatangkan pelbagai masalah. Satu kajian dilakukan bertujuan mengkaji hubungan pengamalan Yoga, kesejahteraan psikologikal dan minda di bawah ketarasedar. Sejumlah 125 pengamal Yoga dalam kalangan dewasa yang berasal dari kawasan Lembah Klang, Malaysia telah terlibat melalui kaedah persampelan bertujuan dan bola salji. Kajian kuantitatif ini menggunakan Yoga Self – Efficacy Scale untuk mengukur kompetensi Yoga (fokus, kemudahan, dan kekuatan) manakala The Warwick – Edinburgh Mental Well-Being Scale (WEMWBS)digunakan untuk mengukur aspek positif kesejahteraan subjektif dan fungsi psikologi. Peranan minda di bawah ketarasedar diukur dengan menggunakan Freiburg Mindfulness Inventory (FMI). Dapatan kajian menunjukkan hubungan signifikan antara pengamalan Yoga, kesejahteraan psikologikal dan tahap minda di bawah ketarasedar. Dapatan kajian mampu memberi kesan besar dalam kalangan pengamal Yoga berkaitan dengan kesejahteraan psikologikal seterusnya memberi impak ke atas kesihatan mental yang sempurna. Penyelidikan lebih lanjut yang menumpukan pada kesan penglibatan Yoga dalam kumpulan klinikal adalah digalakkan.