Pembingkaian generik berita strategik dalam Program Transformasi Negara (GTP)
Media dan kerajaan ialah dua institusi yang saling memerlukan antara satu sama lain bagi melaksanakan tanggungjawab dan keperluan kedua-dua pihak. Media mempunyai agendanya tersendiri dan kerajaan mempunyai agenda polisi untuk disampaikan kepada masyarakat. Kedua-dua agenda itu ditambah dengan...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20393/ http://journalarticle.ukm.my/20393/1/56711-187560-1-PB.pdf |
| Summary: | Media dan kerajaan ialah dua institusi yang saling memerlukan antara satu sama lain bagi melaksanakan
tanggungjawab dan keperluan kedua-dua pihak. Media mempunyai agendanya tersendiri dan kerajaan
mempunyai agenda polisi untuk disampaikan kepada masyarakat. Kedua-dua agenda itu ditambah dengan
agenda rakyat, melengkapi ketiga-tiga agenda yang disusun dan diguna pakai untuk menyampaikan mesej
kepada rakyat mengenai dasar kerajaan. Dasar kerajaan mesti disampaikan kepada rakyat dengan cara
bijaksana kerana kesinambungan kepimpinan sesebuah kerajaan bergantung juga kepada kefahaman
rakyat terhadap kesejahteraan mereka serta hak yang boleh dimiliki. Kajian ini memfokuskan kepada tiga
agenda dan teknik penyampaian mesej melalui pembingkaian bagi merealisasikan agenda dengan meneliti
aspek, kata, frasa dan ayat-ayat yang digunakan oleh media dalam menghasilkan berita strategik mengenai
dasar kerajaan. Matlamat akhir kajian ini adalah mengenal pasti tahap keberkesanan berita strategik
terhadap dasar kerajaan kepada rakyat. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif dan
sebanyak tiga akhbar iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Malaysiakini dipilih untuk dianalisis
menggunakan pendekatan Analisis Kritikal Metafora (CMA). Dapatan kajian ini mendapati wartawan dan
editor akhbar menggunakan kata, frasa dan ayat-ayat tertentu untuk melaksanakan pembingkaian generik
dalam usaha memudahkan pemahaman pembaca. Pembentukan pembingkaian generik ini membantu
pembaca memfokuskan bacaan mereka walaupun wartawan dan editor menulis isu yang sangat berat,
iaitu dasar kerajaan tetapi boleh difahami selepas pembaca menelaah penulisan berita strategik itu. |
|---|