Perkembangan agama Buddha aliran Vajrayana di Malaysia, 1977-2012
Agama Buddha memiliki sejarah perkembangan yang panjang di Malaysia. Penyebaran agama Buddha di negara ini dapat dilihat dengan adanya pertubuhan-pertubuhan organisasi agama Buddha dan tempat ibadat yang telah lama dibina. Aliran agama Buddha yang berkembang di Malaysia adalah Buddha Mahayana...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20367/ http://journalarticle.ukm.my/20367/1/167-Article%20Text-249-1-10-20191012.pdf |
| Summary: | Agama Buddha memiliki sejarah perkembangan yang panjang di Malaysia. Penyebaran agama
Buddha di negara ini dapat dilihat dengan adanya pertubuhan-pertubuhan organisasi agama
Buddha dan tempat ibadat yang telah lama dibina. Aliran agama Buddha yang berkembang di
Malaysia adalah Buddha Mahayana dan Buddha Theravada (atau Hinayana) sejak zaman
kolonial British. Kedua-dua aliran ini juga berkembang dari tempat yang berbeza iaitu dari
China, Thailand, Burma, dan Sri Lanka. Dari segi sejarah perkembangannya, aliran Buddha
Vajrayana dilihat semakin berkembang dan tersebar luas di seluruh Malaysia. Aliran ini berasal
dari negara China iaitu dari wilayah Tibet. Perkembangan aliran Buddha Vajrayana ini secara
dominannya dianuti oleh masyarakat Cina. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji
perkembangan penyebaran aliran Buddha Vajrayana di Malaysia dengan pengkhususan masa
iaitu sejak 1977 sehingga 2012. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menganalisa pengaruh
Buddha Vajrayana terhadap sosio-ekonomi masyarakat Cina di Malaysia. Kajian ini
menggunakan kaedah kepustakaan dengan melakukan pendekatan ‘content analysis’ terhadap
sumber-sumber yang diperolehi. Sumber-sumber primer diperolehi melalui kaedah temu bual
dengan responden-responden terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa aliran Buddha Vajrayana
ini meskipun agak baru berbanding dua aliran Buddha yang lain telah memberikan pengaruh
yang besar ke atas masyarakat Cina dari segi sikap kerja keras untuk mempertingkat taraf
ekonomi mereka. Pada masa yang sama ia berhasil memupuk semangat kerjasama yang kukuh
dalam kalangan mereka sesama sendiri. |
|---|