Kata kerja bahasa Tamil : analisis kerangka minimalis
Artikel ini membincangkan tentang kata kerja dalam bahasa Tamil. Bahasa Tamil merupakan bahasa ibunda kepada masyarakat India di Malaysia. Namun kajian ini, hanya mengkaji penutur natif bahasa Tamil di Taman Koperasi, Pedas, Negeri Sembilan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti, menghuraik...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20361/ http://journalarticle.ukm.my/20361/1/159-Article%20Text-243-1-10-20191012.pdf |
| Summary: | Artikel ini membincangkan tentang kata kerja dalam bahasa Tamil. Bahasa Tamil
merupakan bahasa ibunda kepada masyarakat India di Malaysia. Namun kajian ini, hanya
mengkaji penutur natif bahasa Tamil di Taman Koperasi, Pedas, Negeri Sembilan. Objektif
kajian ini ialah mengenal pasti, menghuraikan dan menganalisis jenis kata kerja Bahasa
Tamil itu dengan menggunakan kerangka minimalis. Kaedah kajian yang digunakan
merangkumi kaedah lapangan iaitu temu bual, rakaman, pemerhatian dan kaedah analisis
data dengan menggunakan kerangka minimalis. Sesi temu bual dilakukan dengan enam
penutur natif bahasa Tamil. Pengkaji telah merakam perbualan setiap responden dan
perbualan tersebut ditranskrip serta dianalisis oleh pengkaji. Analisis ini memberikan
tumpuan kepada kedudukan kata kerja dalam bahasa Tamil. Hasil kajian mendapati
bahawa kata kerja bahasa Tamil dapat mengenal pasti kala, jantina, dan kata ganti diri.
Kajian ini juga mendapati bahawa urutan dalam ayat bahasa Tamil yang mempunyai kata
kerja transitif ialah SOK manakala kata kerja dwitransitif pula mempunyai urutan SOOK
tetapi ada beberapa kata kerja bahasa Tamil yang tidak mempunyai subjek di hadapan
tetapi hanya mempunyai objek dan kata kerja sahaja. Manakala kata kerja tak transitif
yang terdiri daripada kata kerja tak akusatif mempunyai urutan keterangan dan kata kerja
sahaja. Ergatif yang terdiri daripada keterangan dan kata kerja mempunyai urutan SK. Ini
menunjukkan bahawa kata kerja bahasa Tamil yang dipertuturkan di Malaysia boleh
terdiri daripada kata kerja transitif, kata kerja dwitransitif dan kata kerja tak transitif. |
|---|