Penglibatan selebriti dalam politik Malaysia dari 2000-2017

Penglibatan golongan selebriti dalam politik merupakan trend biasa yang berlaku di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Indonesia. Di Malaysia, fenomena serupa masih dianggap sebagai baru. Justeru, sejauhmana penglibatan golongan selebriti dalam politik mampu memberi impak dalam politik...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amir Zafran Ahmad Asri, Muhamad Takiyuddin Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20320/
http://journalarticle.ukm.my/20320/1/128-Article%20Text-182-2-10-20191009.pdf
Description
Summary:Penglibatan golongan selebriti dalam politik merupakan trend biasa yang berlaku di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Indonesia. Di Malaysia, fenomena serupa masih dianggap sebagai baru. Justeru, sejauhmana penglibatan golongan selebriti dalam politik mampu memberi impak dalam politik Malaysia? Bagi menganalisis permasalahan tersebut, dua kerangka teoritikal digunakan dalam artikel ini iaitu partisipasi politik dan modal selebriti (celebrity capital). Objektif pertama kajian ini adalah menelusuri sejarah penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Objektif kedua pula adalah menghurai bentuk penglibatan golongan selebriti dalam politik Malaysia. Manakala objektif ketiga pula adalah menganalisis pengaruh yang dikenakan oleh golongan selebriti dalam politik Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi kajian kepustakaan. Kertas kerja ini berhujah bahawa golongan selebriti mempunyai pengaruh yang minima dan penglibatan mereka tidaklah memberikan kesan yang begitu besar kepada pembuatan keputusan dalam parti politik. Secara asasnya, golongan selebriti dilihat kurang berminat untuk menyertai politik secara aktif melainkan hanya sebilangan kecil. Walaupun parti seperti UMNO didapati mula membuka ruang kepada golongan selebriti untuk berpolitik, hanya parti pembangkang dilihat lebih serius dalam mengetengahkan golongan selebriti sebagai calon pilihan raya. Sungguhpun impak yang dikenakan oleh golongan ini adalah kecil, peningkatan penglibatan mereka dalam politik dilihat sebagai satu trend yang positif kerana dimensi kepelbagaian yang diketengahkan.