Teknologi pemprosesan batik Melayu di Kelantan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji proses penghasilan batik yang eksklusif di Kelantan yang nilainya mencecah harga ribuan ringgit. Selanjutnya, membandingkan teknologi dalam pemprosesan batik eksklusif pada zaman sekarang dengan cara tradisi. Selain kajian perpustakaan, kajian ini menggunaka...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20319/ http://journalarticle.ukm.my/20319/1/153-Article%20Text-212-1-10-20191009.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji proses penghasilan batik yang eksklusif di Kelantan
yang nilainya mencecah harga ribuan ringgit. Selanjutnya, membandingkan teknologi dalam
pemprosesan batik eksklusif pada zaman sekarang dengan cara tradisi. Selain kajian
perpustakaan, kajian ini menggunakan kaedah kajian lapangan seperti tinjaun, temubual dan
juga pemerhatian. Hasil kajian menunjukkan beberapa peringkat dan kerja rumit dilalui
untuk menghasilkan batik eksklusif. Peringkat-peringkat tersebut ialah penyediaan kain,
menyurih, meregangkan kain, penyediaan lilin dan mencanting, penyediaan warna dan
mewarna, mematikan warna, mongering, membasuh dan membilas, merebus, membasuh dan
merendam, mongering, menggosok dan membungkus. Dalam proses mencanting mempunyai
beberapa teknik yang dugna pakai iaitu teknik Manutex, teknik Air Brush, teknik Silica,
teknik Tindanan, teknik Brush Stroke dan beberapa teknik lain. Hasil kajian juga mendapati
tahap kehalusan seni canting dan corak di atas kain akan menjadi penentu kepada nilai
sesebuah batik eksklusif. Semakin halus seni yang dicanting, semakin tinggi harga yang
diletakkan oleh peniaga. Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan bahawa teknologi
pemprosesan batik eksklusif di Kelantan berbeza dari cara di negeri-negeri lain pada teknik
dan juga corak. Rumusannya, kajian ini dapat mengkaji dengan lebih teliti bagaimana proses
batik dilakukan sehingga mencecah ribuan ringgit, menambahkan kefahaman kepda
pengguna kenapa batik perlu diangkat menjadi satu seni yang perlu dihargai oleh pengguna. |
|---|