Kala dalam bahasa Arab : analisis program minimalis

Kala dalam bahasa Arab wujud dalam kata kerja. Oleh yang demikian, kajian ini lebih memberi tumpuan terhadap sistem kala dalam bahasa Arab Baku. Berdasarkan data yang telah dibentuk dan dikumpul berpandukan sebuah buku berjudul Mulakhos Qowa’id Al-lughah Al-‘arabiah dengan bantuan seorang inform...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noor Suraiya Mutalib, Fazal Mohamed Mohamed Sultan
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20311/
http://journalarticle.ukm.my/20311/1/136-Article%20Text-193-1-10-20191009.pdf
Description
Summary:Kala dalam bahasa Arab wujud dalam kata kerja. Oleh yang demikian, kajian ini lebih memberi tumpuan terhadap sistem kala dalam bahasa Arab Baku. Berdasarkan data yang telah dibentuk dan dikumpul berpandukan sebuah buku berjudul Mulakhos Qowa’id Al-lughah Al-‘arabiah dengan bantuan seorang informan menggunakan kaedah kualitatif berorientasi analisis deskriptif, kala bahasa Arab bergabung terus dengan kata kerja dan ianya tidak mempunyai waktu yang tepat seperti kala masa dalam bahasa Inggeris. Kala bahasa Arab hanya terbahagi kepada dua jenis iaitu kala kini dan kala lampau. Kala masa akan datang pula tidak ditekankan kerana dianggap sama seperti kala masa kini dengan hanya menambahkan imbuhan ‘sa’ atau ‘sawfa’. Dapatan kajian mendapati bahawa kata kerja bahasa Arab merangkumkan sekali penggunaan subjek dan kala dalam pada satu kata yang sama mengikut suatu bentuk ayat itu juga. Oleh itu, kajian ini cuba menjelaskan kala dan mengkategorikannya dalam kata kerja bahasa Melayu Standard. Hal ini bagi membantu dalam memahami penggunaan kala dalam kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan kata kerja dwitransitif. Kajian ini juga akan menghuraikan kala bahasa Arab melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis.