Perlaksanaan dan cabaran penglibatan belia dalam parlimen belia Malaysia
Belia merupakan populasi terbesar penduduk dunia masakini dan dijangkakan akan berlaku peningkatan sebanyak 1.3 bilion orang lagi menjelang tahun 2030. Oleh itu, belia harus mengetahui ruang di mana mereka boleh melaksanakan hak-hak sivik dan politik serta menyumbang kepada proses pembuatan ke...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20298/ http://journalarticle.ukm.my/20298/1/25215-74506-1-SM.pdf |
| Summary: | Belia merupakan populasi terbesar penduduk dunia masakini dan dijangkakan akan berlaku
peningkatan sebanyak 1.3 bilion orang lagi menjelang tahun 2030. Oleh itu, belia harus
mengetahui ruang di mana mereka boleh melaksanakan hak-hak sivik dan politik serta
menyumbang kepada proses pembuatan keputusan yang memberi impak terhadap
kehidupan mereka dan negara. Jadi sejauhmana Parlimen Belia Malaysia (PBM)
menyediakan ruang untuk penyertaan belia dalam proses pembuatan keputusan ini? Kertas
ini bertujuan meneliti perlaksanaan PBM, proses serta cabaran penglibatan belia dalam
PBM. Data untuk kajian ini diperolehi melalui kaedah bancian terhadap perwakilan PBM
sidang 2015-2016 yang berjumlah 133 orang disokong juga dengan temubual terhadap
perwakilan dan sekretariat PBM. Perlaksanaan PBM menyediakan platform terbaik dalam
menyuarakan pandangan belia, namun demikian terdapat beberapa cabaran yang terpaksa
dihadapi iaitu kekurangan dana kewangan bagi pelaksanaan program atas kapasiti sebagai
perwakilan, kekurangan perwakilan belia dalam institusi politik, kurangnya promosi dan
hebahan, respon yang perlahan dan perspektif negatif golongan dewasa, fokus kepada
jawatankuasa yang diwakili, masa/penjadualan dan kesediaan menggunakan pengaruh
yang kuat. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah meningkatkan promosi
PBM, penambahan perwakilan belia, minimakan kawalan terhadap usul dan komitmen
pelaksanaan dan pemberian maklumbalas. Sungguhpun demikian, dapat dirumuskan
penyediaan platform yang membenarkan penglibatan belia dalam pembuatan keputusan
memberi impak positif terhadap pembangunan kapasiti belia dan sumbangan kepada
kerajaan. |
|---|