Pembingkaian isu liberalisme agama dalam portal berita di Malaysia
Isu liberalisme agama sering menjadi perhatian akhbar di Malaysia terutamanya apabila menyentuh kedudukan Islam dalam perlembagaan. Kajian ini memfokuskan kepada liberalisme agama yang dibawa oleh G25 yang mengkritik Undang-undang Khalwat sebagai menceroboh peribadi orang awam. Kajian ini dija...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20295/ http://journalarticle.ukm.my/20295/1/25200-74440-1-SM.pdf |
| Summary: | Isu liberalisme agama sering menjadi perhatian akhbar di Malaysia terutamanya apabila
menyentuh kedudukan Islam dalam perlembagaan. Kajian ini memfokuskan kepada
liberalisme agama yang dibawa oleh G25 yang mengkritik Undang-undang Khalwat sebagai
menceroboh peribadi orang awam. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti
bagaimana Malaysiakini, Utusan Online dan Sinar Online melaporkan berita liberalisme
agam. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat bentuk pembingkaian daripada penonjolan dan
pemilihan isu yang dilakukan oleh ketiga-tiga portal tersebut sebagai maklumat yang perlu
diketahui oleh khalayak. Sebanyak 85 artikel dari ketiga-tiga portal telah dikumpulkan (mulai
1 November 2015 hingga 31 Januari 2016) dengan memberi tumpuan kepada isu pemansuhan
undang-undang khalwat oleh G25. Hasil kajian mendapati bahawa tidak timbul isu
mempolitikkan agama dalam kes liberalisme agama G25. Hasil kajian mendapati, Utusan
Online dan Sinar Online mempertahankan Islam bersandarkan kepada perlembagaan
walaupun mempunyai latar belakang pemilikan media yang berbeza. Selain itu kajian ini juga
memberikan definisi istilah liberalisme agama yang diterjemahkan media sebagai sesuatu
usaha yang berkaitan dengan meminggirkan agama, tidak suka hidup beragama dan menolak
undang-undang yang mengongkong hak asasi dan kebebasan manusia. Pemilihan dan
penonjolan yang dibuat media dalam isu ini menjadikan konsep liberalisme itu difahami
sebagai mendatangkan bahaya kepada umat Islam. Menerusi analisis pembingkaian, dapat
dilihat dengan jelas apa yang ada dalam pemikiran pengamal media. Sama ada berita yang
diterbitkan itu bertujuan untuk memberitahu, sekadar melaporkan atau mencetuskan
kontroversi. |
|---|