Peranan pengusaha dalam pembangunan warisan tenunan Pahang DiRaja

Negeri Pahang tidak asing lagi memiliki budaya warisannya yang asli dan tersendiri. Tenunan merupakan salah satu tradisi yang bukan sahaja mempunyai nilai-nilai yang tinggi tetapi juga menyumbang kepada industri pelancongan negeri dan negara. Walau bagaimanapun, ketika ini, tradisi ini berdepan deng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salasatul Akma Amirruddin, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Mushrifah Idris, Ruhaiza Abu Bakar
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20280/
http://journalarticle.ukm.my/20280/1/84-Article%20Text-124-1-10-20180501.pdf
Description
Summary:Negeri Pahang tidak asing lagi memiliki budaya warisannya yang asli dan tersendiri. Tenunan merupakan salah satu tradisi yang bukan sahaja mempunyai nilai-nilai yang tinggi tetapi juga menyumbang kepada industri pelancongan negeri dan negara. Walau bagaimanapun, ketika ini, tradisi ini berdepan dengan keterancaman kepupusan kesan daripada beberapa faktor kritikal pengusaha dan persekitaran sosio-budaya. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan komuniti dalam membangunkan produk warisan tenunan Pahang DiRaja daripada perspektif pengusaha. Kajian ini tertumpu di sekitar Kampung Budaya Pulau Keladi, Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja(IKTPD), Pramu Jaya Pekan, Pusat Tenun Pahang DiRaja Felda (PTPDF), Kompleks Pengembangan Tenunan Pahang DiRaja (KPTPD) Sultan Haji Ahmad Shah Kampung Sungai Soi, Kuantan. Hasil kajian menjelaskan pola keterlibatan komuniti selaku penggerak warisan tenunan Pahang terdiri daripada dua iaitu pengusaha dan juga pekerja. Terdapat tujuh faktor kelestarian pihak pengusaha iaitu faktor produk (Product), faktor harga (Price), faktor lokasi (Place), faktor promosi (Promotion), faktor aktiviti khidmat pelanggan (Physical evidence of customer Service), faktor proses (Process), faktor sumber manusia (People). Kesemua faktor ini berperanan besar dan saling memerlukan dalam membangunkan produk warisan ini di samping mengekalkan dan menjaga kelestarian warisan tenunan.