Latihan dalam perkhidmatan : pengurusan bilik darjah
Kertas kerja ini mengupas persoalan latihan dalam perkhidmatan yang diperlukan oleh guru-guru iaitu pengurusan bilik darjah. Walaupun kebanyakan guru telah menerima latihan tentang pengurusan bilik darjah ini semasa latihan pra-perkhidmatan, namun didapati ianya tetap menjadi satu keperluan semasa d...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20274/ http://journalarticle.ukm.my/20274/1/78-Article%20Text-112-1-10-20180501.pdf |
| Summary: | Kertas kerja ini mengupas persoalan latihan dalam perkhidmatan yang diperlukan oleh guru-guru iaitu pengurusan bilik darjah. Walaupun kebanyakan guru telah menerima latihan tentang pengurusan bilik darjah ini semasa latihan pra-perkhidmatan, namun didapati ianya tetap menjadi satu keperluan semasa dalam perkhidmatan. Ini kerana pengurusan bilik darjah adalah sesuatu elemen yang paling mencabar dalam dunir perguruan. Malah memerlukan kemahiran yang tinggi untuk melaksanakannya. Pengurusan bilik darjah yang baik akan menyumbang kepada pencapaian pelajar yang cemerlang. Di luar negara seperti Jerman dan Turki telah dilaksanakan latihan dalam perkhidmatan pengurusan bilik darjah ini. Hasil kajian mendapati, hasil pelajar meningkat apabila guru menerima latihan pengurusan bilik darjah semasa dalam perkhidmatan. Begitu juga dengan sikap positif pelajar terhadap pembelajaran. Bagi guru pula didapati terdapat peningkatan dalam kemahiran langkah pencegahan, begitu juga dalam langkah reaktif. Kesimpulannya, latihan perkhidmatan pengurusan bilik darjah perlu diadakan dari masa ke semasa di kalangan guru Malaysia bagi peningkatan kemahiran guru dalam pengurusan bilik darjah yang seterusnya dapat meningkatkan potensi pelajar. |
|---|