Analisis perubahan guna tanah di daerah Batu Pahat, Johor menggunakan kaedah penderiaan jauh dan GIS
Kajian ini dijalankan untuk mengesan perubahan guna tanah di daerah Batu Pahat, Johor dengan menggunakan kaedah penderaan jauh. Dalam penyelidikan ini perbandingan data antara tempoh masa tahun 1990-2015 dilakukan untuk melihat perubahan guna tanah. Data yang digunakan ialah imej satelit Landsat (TM...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20259/ http://journalarticle.ukm.my/20259/1/60-Article%20Text-78-1-10-20180501.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengesan perubahan guna tanah di daerah Batu Pahat, Johor dengan menggunakan kaedah penderaan jauh. Dalam penyelidikan ini perbandingan data antara tempoh masa tahun 1990-2015 dilakukan untuk melihat perubahan guna tanah. Data yang digunakan ialah imej satelit Landsat (TM dan OLI-TIRS). Guna tanah yang dihasilkan melalui proses klasifikasi terselia imej Landsat dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti tepu bina, hutan, air, dan pertanian yang dibahagikan kepada kelapa, kelapa sawit dan getah. Hasil analisis imej Landsat tahun 1990 dan 2015 menggunakan GIS menunjukkan pertambahan sebanyak 64% guna tanah kelapa sawit bagi tempoh masa 16 tahun. Selain itu, guna tanah yang mengalami perubahan yang tinggi berbanding guna tanah yang lain ialah guna tanah kelapa dan getah, di mana pada tahun 1990 getah dan kelapa masing-masing seluas 65351.94 hektar (33%) dan 18511.01 hektar (9%). Penurunan mendadak guna tanah kelapa dan getah mempunyai kaitan dengan penanaman kelapa sawit secara besar-besaran di daerah Batu Pahat. |
|---|