Pengetahuan dan persepsi mengenai baby hatch dalam kalangan pelajar profesion menolong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Kajian dijalankan bagi mengetahui pengetahuan dan persepsi pelajar profesion menolong di Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap pusat khidmat perlindungan bayi (baby hatch). Populasi kajian ini adalah lebih kurang 560 orang yang terdiri daripada pelajar prasiswazah dan siswazah di UKM dalam bidan...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20029/ http://journalarticle.ukm.my/20029/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-17_NOR-JANA-SAIM.pdf |
| Summary: | Kajian dijalankan bagi mengetahui pengetahuan dan persepsi pelajar profesion menolong di Universiti Kebangsaan
Malaysia terhadap pusat khidmat perlindungan bayi (baby hatch). Populasi kajian ini adalah lebih kurang 560
orang yang terdiri daripada pelajar prasiswazah dan siswazah di UKM dalam bidang psikologi, kaunseling dan
kerja sosial. Seramai 294 responden kajian telah dipilih secara pensampelan bertujuan. Data dikutip menggunakan
menggunakan satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian; demografi, pengetahuan dan persepsi.
Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 23. Hasil
kajian yang dijalankan mencatatkan nilai purata min bagi mengkaji pengetahuan profesion menolong mengenai
baby hatch adalah 2.13. Ini menunjukkan bahawa sebahagian responden kurang pengetahuan tentang perkhidmatan
baby hatch di Malaysia. Kajian juga mendapati hampir separuh responden bersetuju perkhidmatan baby hatch
diadakan di Malaysia. Walau bagaimanapun, sebahagian besar responden tidak pasti adakah perkhidmatan baby
hatch bersesuaian dengan budaya masyarakat dan kepercayaan agama di Malaysia. Hasil kajian ini diharap dapat
menyediakan maklumat berguna kepada semua pihak, pelajar juga pihak universiti. |
|---|