Faktor pemilihan pekerjaan dalam kalangan prasiswazah : kajian di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan dalam kalangan pelajar prasiswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian ini dijalankan dengan melihat faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan fa...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20017/ http://journalarticle.ukm.my/20017/1/285-Article%20Text-411-2-10-20200427.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan dalam kalangan pelajar prasiswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian ini dijalankan dengan melihat faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor bakat yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan pelajar. Responden kajian ini adalah terdiri dari 104 orang pelajar dalam pelbagai bidang kursus. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan analisis kebolehpercayaan, analisis deskriptif, analisis korelasi Pearson dan analisis regresi berbilang. Satu set borang soal-selidik secara ‘online’ telah diedarkan kepada responden bagi mengumpul data dan maklumat yang diperlukan. Data yang terkumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil dapatan menunjukkan faktor minat mempengaruhi pemilihan pekerjaan dalam kalangan pelajar prasiswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM. |
|---|