Tahap pemahaman dan integriti guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah
Kajian ini dilaksanakan untuk melihat tahap pemahaman dan integriti guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) di peringkat sekolah rendah. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Responden kajian terlibat seramai 103 orang guru Bah...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19985/ http://journalarticle.ukm.my/19985/1/317-600-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian ini dilaksanakan untuk melihat tahap pemahaman dan integriti guru Bahasa
Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) di peringkat sekolah rendah.
Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Responden
kajian terlibat seramai 103 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah.
Instrumen soal selidik berbentuk Google Form telah digunakan dalam kajian ini. Data
dikumpul dan dihuraikan secara deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan nilai skor min yang
tinggi bagi aspek tahap pemahaman dan integriti guru bahasa Melayu dalam melaksanakan
PBD adalah tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu sekolah rendah
mempunyai tahap pemahaman dan integriti yang tinggi dalam melaksanakan PBD di sekolah.
Tahap pemahaman dan integriti yang tinggi amat diperlukan dalam memastikan pelaksanaan
PBD yang dijalankan oleh setiap sekolah adalah telus dan bertanggungjawab. Kajian ini
diharap dapat membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM dalam usaha untuk memastikan
PBD dapat dilaksanakan secara berintegriti dan beretika oleh setiap guru yang diamanahkan. |
|---|