Pentafsiran senibina masjid berkubah dari sudut nilai modernism
Penulisan ini bertujuan untuk membuat perbahasan bahawa dalam lunas (principal) Modernism, kubah pada masjid tidak akan digunakan kerana Modernism lebih bersifat functionalist, minimalist dan structuralist iaitu mementingkan peranan, kesederhanaan dan kejujuran dalam penampilan unsur binaan. Tuju...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19938/ http://journalarticle.ukm.my/19938/1/437-1509-1-PB.pdf |
| Summary: | Penulisan ini bertujuan untuk membuat perbahasan bahawa dalam lunas (principal) Modernism,
kubah pada masjid tidak akan digunakan kerana Modernism lebih bersifat functionalist, minimalist
dan structuralist iaitu mementingkan peranan, kesederhanaan dan kejujuran dalam penampilan
unsur binaan. Tujuan pembentangan kertas kerja ini adalah untuk merangsangkan pendekatan
yang lebih jitu dan bernas dalam mentafsir wacana Senibina Islam mengikut pendekatan
Rasulullah s.a.w. Walaupun terdapat pelbagai pendekatan dalam senibina yang dianggap
sebagai ‘Senibina Islam’, namun ianya seringkali dipersoalkan. Ini adalah kerana kebarangkalian
hanyalah berupa rembesan pemikiran Modernist sediada, ataupun menyimpang dari Sunnah
Rasulullah s.a.w.. Pendekatan yang cuba untuk digarap dari penulisan ini adalah cuba untuk
membangkitkan semula pendekatan al-Hadith, iaitu warisan Rasulullah s.a.w. Adalah diharapkan
kertas kajian ini dapat memberi laluan kepada usaha murni kepada pendekatan al-Hadith dalam
pentafsiran senibina, kerana pendekatan sebegini tidak pernah mendapat tempat di kalangan
pemikir senibina, tidak sepertimana pendekatan Modernist yang telah berlaku pada akhir kurun
ke19 di Eropah dan Amerika yang telah menolak pendekatan Revivalism dan Neo Classism. |
|---|