Pembentukan istilah COVID-19 di media sosial : analisis sosioterminologi
Sejak jangkitan pertama COVID-19 pada tahun 2019, pelbagai istilah baharu muncul bagi menjelaskan konsep-konsep yang berkaitan, supaya segala arahan atau maklumat tentang penyakit ini dapat difahami dengan baik, bukan sahaja oleh pengamal dalam bidang tetapi juga oleh masyarakat awam. Menyedari a...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19851/ http://journalarticle.ukm.my/19851/1/446-Article%20Text-627-1-10-20220704.pdf |
| Summary: | Sejak jangkitan pertama COVID-19 pada tahun 2019, pelbagai istilah baharu muncul bagi
menjelaskan konsep-konsep yang berkaitan, supaya segala arahan atau maklumat tentang
penyakit ini dapat difahami dengan baik, bukan sahaja oleh pengamal dalam bidang tetapi
juga oleh masyarakat awam. Menyedari akan peri pentingnya istilah-istilah ini, maka kajian
ini bertujuan mengenal pasti istilah dan pola istilah baharu COVID-19 yang digunakan oleh
KKM melalui media sosial Twitter KKM Portal MyHealth, dengan berpandukan Pedoman
Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM). Hasil kajian mencatatkan sebanyak
62 istilah COVID-19 yang digunakan secara aktif oleh KKM. Hasil membandingkan istilah
yang dikenal pasti dengan pangkalan data istilah DBP pula mendapati sebanyak 15 istilah
merupakan istilah lama yang digunakan dalam pelbagai bidang, 27 istilah COVID-19 telah
diberikan padanan bahasa Melayunya dan 20 istilah merupakan istilah baharu yang tidak
terdapat dalam pangkalan data istilah DBP tetapi digunakan secara produktif oleh KKM.
Tinjauan daripada aspek pola pembentukan istilah, kajian mendapati pengguna istilah lebih
cenderung menggunakan istilah bahasa Melayu atau gabungan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Hakikatnya, pendekatan sosioterminologi menjelaskan bahawa pembentukan
istilah baru tidak perlu hanya bergantung kepada badan yang diberikan kepada badan
tertentu, sebaliknya dapat dilakukan olehpengguna bahasa dengan mematuhi pedoman yang
ditetapkan. Kajian seumpama ini penting untuk membantu memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. |
|---|