Hubungan antara gaya kepimpinan, penghargaan kendiri dan komitmen organisasi mahasiswa-mahasiswi dari universiti penyelidikan di Malaysia
Kajian telah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan memberi pengaruh kepada tahap komitmen pengikut dalam organisasi kerja. Faktor psikologikal seperti penghargaan kendiri juga memainkan peranan yang penting dalam sebuah organisasi. Kegagalan kepimpinan akan memberi impak negatif kepada pengikut dan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19844/ http://journalarticle.ukm.my/19844/1/437-Article%20Text-613-1-10-20220704.pdf |
| Summary: | Kajian telah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan memberi pengaruh kepada tahap komitmen
pengikut dalam organisasi kerja. Faktor psikologikal seperti penghargaan kendiri juga
memainkan peranan yang penting dalam sebuah organisasi. Kegagalan kepimpinan akan
memberi impak negatif kepada pengikut dan organisasi seperti menjejaskan produktiviti serta
prestasi sehingga menjadi bebanan organisasi secara keseluruhannya. Kajian ini bertujuan
untuk mengkaji tentang hubungan antara gaya kepimpinan, penghargaan kendiri dan komitmen
organisasi dalam kalangan mahasiswa yang menyertai organisasi pelajar di lima universiti
penyelidikan di Malaysia. Gaya kepimpinan telah dikategorikan kepada gaya kepimpinan
transformasional, gaya kepimpinan transaksional dan gaya kepimpinan Laissez-Faire dalam
kajian ini. Manakala komitmen organisasi pula dibahagikan kepada komitmen afektif, komitmen
berterusan dan komitmen normatif. Borang soal selidik telah diedarkan secara persampelan
bertujuan kepada seramai 107 responden yang menyertai organisasi pelajar. Keputusan analisis
korelasi menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional berhubungan secara positif
dan signifikan dengan penghargaan kendiri dan ketiga-tiga dimensi komitmen organisasi. Gaya
kepimpinan transaksional pula tidak berhubungan secara signifikan dengan tahap penghargaan
kendiri dan tahap komitmen organisasi. Gaya kepimpinan Laissez-Faire menunjukkan hubungan
negatif dan signifikan dengan penghargaan kendiri dan ketiga-tiga dimensi komitmen organisasi.
Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional adalah digalakkan untuk
diaplikasikan dalam kepimpinan organisasi, manakala gaya kepimpinan Laissez-Faire harus
dielakkan. |
|---|