Kepentingan faktor fasād al-zamān dalam penetapan hukum ijtihādī
Penetapan sesuatu hukum syarak boleh dipengaruhi oleh faktor fasād al-zamān sehinggakan banyak hukum yang berubah disebabkannya. Namun begitu, kesamaran tentang rangkuman makna di sebalik istilah dan kepentingannya menimbulkan persoalan tentang akhlak bagaimakah yang disifatkan sebagai fasād al-zamā...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19778/ http://journalarticle.ukm.my/19778/1/JCIL-2022-71-Article-1.pdf |
| Summary: | Penetapan sesuatu hukum syarak boleh dipengaruhi oleh faktor fasād al-zamān sehinggakan banyak hukum yang berubah disebabkannya. Namun begitu, kesamaran tentang rangkuman makna di sebalik istilah dan kepentingannya menimbulkan persoalan tentang akhlak bagaimakah yang disifatkan sebagai fasād al-zamān dan kedudukannya dalam usul fiqh. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan konsep fasād al-zamān dan kepentingan mengambil kiranya dari perspektif usul fiqh. Kajian ini berasaskan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa fasād al-ẓamān merujuk kepada kesemua keadaan kerosakan akhlak, kehakisan sifat warak serta kerapuhan pegangan agama masyarakat secara menyeluruh dan umum tanpa mengkhususkan akhlak-akhlak tertentu. Selain itu, kajian juga mendapati kepentingan fasād al-zamān sebagai satu faktor kepada dalil istiṣlāh (maṣlahah mursalah) khususnya dalam mengubah dan mentarjih hukum syarak tertentu iaitu hukum-hukum furuk yang berasaskan kepada qiyās dan maṣlahah. |
|---|