Perubahan politik di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
Perubahan politik yang berlaku di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor memperlihatkan bahawa pertukaran tampuk kepimpinan daripada pemimpin dan parti Barisan Nasional (BN) kepada parti Pakatan Harapan (PH). Perubahan yang berlaku ini mengundang pelbagai persepsi daripada pengundi yang...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19774/ http://journalarticle.ukm.my/19774/1/422-Article%20Text-584-1-10-20220701.pdf |
| Summary: | Perubahan politik yang berlaku di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor memperlihatkan
bahawa pertukaran tampuk kepimpinan daripada pemimpin dan parti Barisan Nasional (BN) kepada
parti Pakatan Harapan (PH). Perubahan yang berlaku ini mengundang pelbagai persepsi daripada
pengundi yang kemudiannya akan menjadi titik tolak terhadap pengekalan kuasa pemimpin dan parti
yang berkuasa untuk penggal yang seterusnya di kawasan tersebut. Justeru, adalah menjadi tujuan
penulisan artikel ini untuk menganalisis perubahan politik di kawasan DUN Batang Kali, Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal
selidik dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 44 peratus
responden beranggapan bahawa pemimpin pada masa kini mementingkan rakyat dan juga pada masa
yang sama turut mementingkan diri. Seterusnya, 66 peratus responden berpandangan bahawa parti
politik pada masa kini tidak berada pada landasan yang betul. Kemudian, 64 peratus responden
bersetuju bahawa dinamika politik yang berlaku mempengaruhi mereka untuk mengubah pemimpin dan
parti politik pada PRU akan datang. Hasil kajian juga mendapati bahawa 84 peratus responden
menjangkakan bahawa parti Perikatan Nasional (PN) yang akan memenangi Pilihan Raya Umum akan
datang pada peringkat DUN Batang Kali. Kesimpulannya, kajian ini penting bagi menyelami pandangan
serta persepsi masyarakat terhadap pemimpin dan parti politik, menambah data terhadap kajian politik
pilihan raya dan menjadi sumber rujukan serta panduan kepada pihak yang berkaitan bagi merancang
strategi pelaksanaan dasar dan gerak kerja berkesan dalam urusan politik semasa. |
|---|