Pandangan pengundi terhadap kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan Persekutuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Pilihan raya adalah sebuah institusi penting terhadap pemerintahan negara demokrasi yang memberi pengiktirafan untuk memerintah sesebuah negara. Parti politik yang memenangi sesuatu pilihan raya akan membentuk kerajaan yang akan melaksanakan dasar yang dijanjikan dalam manifesto ketika kempen pil...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19770/ http://journalarticle.ukm.my/19770/1/418-Article%20Text-576-1-10-20220701.pdf |
| Summary: | Pilihan raya adalah sebuah institusi penting terhadap pemerintahan negara demokrasi yang memberi
pengiktirafan untuk memerintah sesebuah negara. Parti politik yang memenangi sesuatu pilihan raya akan
membentuk kerajaan yang akan melaksanakan dasar yang dijanjikan dalam manifesto ketika kempen
pilihan raya. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pandangan pengundi terhadap
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Bagi
mencapai objektif kajian, kajian di lapangan dijalankan melibatkan pengedaran borang soal selidik
kepada 100 orang responden serta temu bual terhadap tiga informan yang berkepentingan dalam politik.
Selain itu, rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan juga dilakukan bagi mendapatkan maklumat
tambahan mengenai kajian ini. Seterusnya, data daripada borang soal selidik telah dianalisis
menggunakan perisian SPSS dan dipaparkan dalam bentuk jadual serta rajah. Hasil kajian mendapati
bahawa sumber maklumat media elektronik dan media alternatif paling berpengaruh dan sering digunakan
oleh responden untuk mendapatkan maklumat mengenai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, hasil kajian menunjukkan rakyat berpandangan bahawa pemerintahan Kerajaan Negeri
menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin dengan baik manakala pemerintahan di
peringkat Kerajaan Persekutuan pula dilihat kurang memberangsangkan seperti yang diharapkan oleh
rakyat. Seterusnya, impak program yang dijalankan oleh Kerajaan PAS di Negeri Terengganu dilihat
diterima dan disambut baik oleh rakyat manakala di peringkat Kerajaan Persekutuan pula impak program
yang dijalankan kurang mendapat sambutan dan penerimaan yang baik oleh rakyat. Justeru itu, kajian ini
diharap dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada pengkaji akan datang seterusnya dapat
memberi manfaat kepada pihak yang terlibat dalam dasar kerajaan sama ada pada peringkat negeri
mahupun peringkat persekutuan. |
|---|