Perubahan politik negeri Terengganu : kajian kes di kawasan DUN Bukit Besi, Dungun, Terengganu
Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2018 telah menyaksikan berlakunya perubahan politik dengan kejayaan PAS menawan kembali negeri Terengganu selepas memenangi 22 kerusi DUN. Senario ini tidak asing lagi dalam pemerintahan negeri Terengganu kerana ia sering bertukar ganti sejak dahulu lagi hinggalah ki...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19691/ http://journalarticle.ukm.my/19691/1/411-Article%20Text-569-1-10-20220701.pdf |
| Summary: | Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2018 telah menyaksikan berlakunya perubahan politik dengan
kejayaan PAS menawan kembali negeri Terengganu selepas memenangi 22 kerusi DUN. Senario ini tidak
asing lagi dalam pemerintahan negeri Terengganu kerana ia sering bertukar ganti sejak dahulu lagi
hinggalah kini yang hanya melibatkan persaingan sengit antara PAS dan BN sahaja. Justeru itu, adalah
menjadi tujuan penulisan ini untuk mengkaji perubahan politik negeri Terengganu di kawasan DUN
Bukit Besi. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan kepada soal selidik terhadap
50 orang responden, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Data
yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Stastistical Package for Social Science
(SPSS) versi 18.0 yang dipersembahkan data bentuk jadual dan rajah. Hasil kajian mendapati bahawa
sumber maklumat politik yang paling dipercayai responden adalah media cetak dan media elektronik.
Seterusnya, keinginan responden melakukan perubahan politik disebabkan oleh kejayaan PAS, isu
dalaman negeri, isu negara dan perubahan sokongan. Dapatan kajian juga mendapati senario politik
semasa menunjukkan berlakunya kerjasama BERSATU-PAS dalam pembentukan PN Terengganu dan
kerapuhan kerjasama UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional. Kesimpulannya, diharapkan kajian ini
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, sebagai data tambahan di samping dapat dijadikan sebagai
panduan serta rujukan kepada pihak yang terlibat. |
|---|