Sentimen politik semasa di kawasan DUN Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor

Perubahan landskap politik pilihan raya di negara ini telah mengundang pelbagai sentimen di kalangan rakyat Malaysia. Persepsi yang dilontarkan pula berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh banyak faktor seperti maklumat politik semasa dan isu politik itu sendiri. Bermulanya situasi pandemik Covid-19,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Zulaika Muhammad Yusof, Junaidi Awang Besar
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19686/
http://journalarticle.ukm.my/19686/1/409-Article%20Text-563-1-10-20220701.pdf
Description
Summary:Perubahan landskap politik pilihan raya di negara ini telah mengundang pelbagai sentimen di kalangan rakyat Malaysia. Persepsi yang dilontarkan pula berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh banyak faktor seperti maklumat politik semasa dan isu politik itu sendiri. Bermulanya situasi pandemik Covid-19, transisi politik berlaku dengan lebih ketara sama ada di peringkat nasional, negeri dan DUN. Mutakhir ini juga, senario politik sedemikian menyebabkan sedikit sebanyak mempengaruhi pilihan politik pengundi di masa hadapan. Justeru itu, tujuan artikel ini ditulis untuk menganalisis sentimen politik semasa di kawasan DUN Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang meliputi sosal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati responden banyak memperoleh maklumat politik dan berita melalui media elektronik kerana lebih dipercayai. Majoriti responden juga menyifatkan keadaan politik semasa di kawasan kajian adalah masih baik dan berpuas hati walaupun terdapat isu semasa yang tidak sepenuhnya ditangani oleh pentadbir di kawasan DUN Paya Jaras. Namun begitu, kajian juga mendapati bahawa ramai juga yang tidak mengambil tahu tentang isu semasa berkaitan politik di kawasan kajian. Responden juga berharap agar politik dan pentadbiran dilaksanakan dengan adil, berintegriti dan profesional.