Penyelidikan empirikal mengenai penerimaan pembayaran kod QR dalam kalangan pengguna telefon pintar Malaysia
Makalah ini melakukan kajian empirikal mengenai penerimaan kaedah pembayaran kod QR oleh pengguna telefon pintar Malaysia. Model UTAUT2 menjadi kerangka teori utama yang disokong oleh Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini menggunakan perisian Smart PLS 3.0 dan SPSS untuk menganalisis maklu...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19683/ http://journalarticle.ukm.my/19683/1/392-Article%20Text-559-1-10-20220701.pdf |
| Summary: | Makalah ini melakukan kajian empirikal mengenai penerimaan kaedah pembayaran kod QR oleh
pengguna telefon pintar Malaysia. Model UTAUT2 menjadi kerangka teori utama yang disokong oleh
Model Penerimaan Teknologi (TAM). Kajian ini menggunakan perisian Smart PLS 3.0 dan SPSS untuk
menganalisis maklum balas responden melalui boring soal selidik yang diedarkan secara atas talian dan
dilengkapkan oleh 100 orang responden di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa jangkaan
keselamatan, nilai harga, pengaruh sosial, memudahkan keadaan, jangkaan usaha, jangkaan prestasi,
motivasi hedonik dan niat tingkah laku memberi kesan yang signifikan terhadap kesediaan pengguna
telefon pintar untuk menggunakan pembayaran mudah alih kod QR dalam urus niaga pembayaran di
Malaysia. Kesimpulan dari penyelidikan ini dapat menggariskan strategi pemasaran syarikat dan
perniagaan bagaimana menarik pelanggan untuk berbelanja di kedai mereka. |
|---|