Analisis perbandingan kualiti udara semasa pandemik Covid-19 di bandar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bandaraya Petaling Jaya
Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap yang berisiko sebelum daripada pandemik Coronavirus Disease (COVID-19). Pada tahun 2019 IPU mencatatkan kadar tidak sihat (101-200) dan sangat tidak sihat (201-300) ekoran daripada pencemaran semasa dan jerebu rentas sempadan. Meskipun begitu, tahap I...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19682/ http://journalarticle.ukm.my/19682/1/386-Article%20Text-558-1-10-20220701.pdf |
| Summary: | Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap yang berisiko sebelum daripada pandemik
Coronavirus Disease (COVID-19). Pada tahun 2019 IPU mencatatkan kadar tidak sihat (101-200)
dan sangat tidak sihat (201-300) ekoran daripada pencemaran semasa dan jerebu rentas sempadan.
Meskipun begitu, tahap IPU semasa penularan COVID-19 telah mendorong pelaksanaan PKP 1.0
oleh Perdana Menteri Malaysia dari 18 Mac hingga 3 Mei 2020 di seluruh Malaysia sehingga
mengubah kualiti udara yang lebih bersih. Justeru, tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis
perbandingan IPU di kawasan bandar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bandaraya Petaling Jaya
pada tahun 2019 dan 2020. Kajian ini menggunakan kaedah pemerolehan data IPU daripada
Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mengumpul data secara lapangan yang melibatkan borang soal
selidik. Teknik penganalisisan data secara deskriptif dan inferensi mendapati tahap IPU berada pada
tahap baik (0-50) berbanding sebelum penularan COVID-19. Sehubungan itu, Statistical package for
the social sciences (SPSS) versi 25, mendapati fasa PKP 1.0 menggariskan Standard Operating
Procedure (SOP) yang lebih ketat berbanding PKPB dan PKPP terhadap intensiti sosioekonomi serta
sikap dan respon masyarakat. Kesimpulannya, kajian ini penting dalam menentukan inisiatif
perundangan, bukan perundangan dan penganalisisan The Law Library of Congress, Global Legal
Research Center berdasarkan Regulation of Air Pollution June 2018 untuk digeneralisasikan kepada
persekitaran lestari. |
|---|