Pendekatan Lataif al-Quraniyyah dalam Surah-Surah Madaniyyah melalui kitab Tafsir Sofwah al-Tafasir oleh Syeikh ‘Ali al-Sobuni
Surah-surah Madaniyyah mempunyai ayat-ayat yang lebih panjang kerana kandungannya yang memberikan penjelasan terhadap hukum-hakam secara terperinci di samping turut memberi tekanan akan aspek keimanan dan akhlak. Adapun, dalam memahami tafsiran ayat al-Quran, Tafsir Sofwah al-Tafasir karya Syeikh...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19614/ http://journalarticle.ukm.my/19614/1/222-407-1-SM.pdf |
| Summary: | Surah-surah Madaniyyah mempunyai ayat-ayat yang lebih panjang kerana kandungannya yang memberikan
penjelasan terhadap hukum-hakam secara terperinci di samping turut memberi tekanan akan aspek keimanan
dan akhlak. Adapun, dalam memahami tafsiran ayat al-Quran, Tafsir Sofwah al-Tafasir karya Syeikh ‘Ali al-
Sobuni adalah salah satu karya kontemporari yang unik dengan mengetengahkan aspek lataif iaitu kehalusan
makna secara tersusun. Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti tema lataif yang terdapat dalam surahsurah
Madaniyyah . Reka bentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap Kitab
Sofwah al-Tafasir Cetakan ke-6 oleh Dar al-Sobuni menjadi metode kajian. Hasil kajian mendapati, terdapat
tiga tema utama lataif iaitu aspek mukjizat bahasa, tarbawiyyah dan pemantapan iman selain tema sampingan
seperti hikmah hukum dan tafsiran tambahan. Tema-tema ini didatangkan dalam bentuk tafsiran kepada ayat,
penyebutan riwayat hadith atau cerita. Adapun tema yang dominan disebutkan adalah tarbawiyyah diikuti
pemantapan iman dan mukjizat bahasa. Kesimpulan dari kajian ini ialah lataif merupakan aspek yang perlu
diketengahkan dalam kalangan masyarakat kerana dilihat mampu menambah nilai terhadap penghayatan al-
Quran bukan sekadar pada kefahaman ilmu berkaitan syariat yang terdapat di dalamnya tetapi juga kesedaran
jiwa melalui proses pendidikan hati. |
|---|