Pembentukan kerajaan Persekutuan majoriti Melayu dan impaknya terhadap tingkah laku politik di kawasan DUN Kajang, Selangor
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan berfokuskan kepada kedaulatan dan kebebasan rakyat yang mempunyai peranan penting untuk memilih kerajaan di negara ini. Trend pengundian yang berjalan di negeri Selangor boleh dikatakan kian berubah semenjak dahulu lagi dan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19462/ http://journalarticle.ukm.my/19462/1/424-Article%20Text-705-1-10-20220714.pdf |
| Summary: | Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan berfokuskan
kepada kedaulatan dan kebebasan rakyat yang mempunyai peranan penting untuk memilih kerajaan
di negara ini. Trend pengundian yang berjalan di negeri Selangor boleh dikatakan kian berubah
semenjak dahulu lagi dan perubahan yang dilihat sangat ketara ialah ketika Pilihan Raya Umum
2008 apabila Barisan Nasional mengalami kekalahan yang terbesar di negeri tersebut apabila hanya
memenangi 19 daripada 56 buah kerusi yang dipertandingkan. Kekalahan tersebut menyebabkan
pemerhati politik tanah air menggelarkannya sebagai “Tsunami Politik” terutamanya dalam
kalangan pengundi berbangsa Cina. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji pembentukan Kerajaan Persekutuan majoriti Melayu dan impaknya terhadap tingkah laku
politik responden di Kawasan DUN Kajang, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik di
lapangan dan rujukan sumber sekunder bagi menyokong lagi hasil kajian yang dijalankan. Hasil
kajian mendapati media cetak yang mendapat pilihan tertinggi untuk dijadikan sebagai rujukan bagi
mendapatkan maklumat terutamanya perkembangan tempatan serta politik tanah air adalah Berita
Harian dengan peratusan sebanyak 76 peratus diikuti oleh Utusan Malaysia sebanyak 72 peratus
serta yang ketiga tertinggi ialah Harian Metro sebanyak 54 peratus. Pada peringkat parlimen,
sebanyak 58% daripada responden telah mengundi parti Barisan Nasional yang mana bagi peringkat
DUN juga sebanyak 58 peratus responden telah mengundi Barisan Nasional. Sokongan yang
diberikan ini adalah disebabkan faktor seperti peningkatan nilai terhadap pemberian BR1M
disamping terdapat juga masyarakat yang masih yakin terhadap pemerintahan Barisan Nasional
sebagai sebuah kerajaan. Justeru itu, hasil yang diperolehi daripada kajian ini boleh dijadikan
sebagai panduan kepada pihak yang berkaitan terutamanya golongan ahli politik bagi meningkatkan
kualiti perkhidmatan yang sedia ada supaya mampu mengekalkan sokongan yang diperolehi
daripada rakyat setempat. |
|---|