Ungkapan makian dalam wacana politik dan kepemimpinan di Twitter : analisis ketidaksantunan berbahasa

Masyarakat Malaysia, amnya dan orang Melayu, khususnya, terkenal dengan sopan santun dan kata-kata berlapik seperti pantun dan peribahasa, apatah lagi apabila bertutur dengan pemimpin atau orang yang lebih tua. Namun, pengamatan awal mendapati masyarakat Malaysia sudah mula menggunakan ungkapan m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Iffah Zulhairi, Junaini Kasdan
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19460/
http://journalarticle.ukm.my/19460/1/459-Article%20Text-654-1-10-20220705.pdf
Description
Summary:Masyarakat Malaysia, amnya dan orang Melayu, khususnya, terkenal dengan sopan santun dan kata-kata berlapik seperti pantun dan peribahasa, apatah lagi apabila bertutur dengan pemimpin atau orang yang lebih tua. Namun, pengamatan awal mendapati masyarakat Malaysia sudah mula menggunakan ungkapan makian secara terbuka di media sosial. Justeru, kajian ini secara khusus bertujuan (1) mengenal pasti dan menganalisis kata makian yang digunakan dalam wacana politik dan kepemimpinan dalam kalangan masyarakat Malaysia di Twitter; dan (2) menjelaskan makna ungkapan makian dan fenomena yang berlaku berdasarkan pendekatan ketidaksantunan berbahasa. Data dikumpulkan daripada teks hantaran Twitter yang melibatkan wacana politik dan kepemimpinan untuk tempoh Julai 2020 – Mei 2021. Hasil kajian menunjukkan terdapat enam jenis ungkapan makian yang digunakan oleh masyarakat Malaysia, iaitu sifat, anggota badan, pekerjaan jahat, agama, haiwan dan lain-lain.Ungkapan makian yang berkaitan dengan sifat, seperti ‘bodoh’ ‘bangang’ dan ‘sial’didapati lebih banyak digunakan dalam wacana politik dan kepemimpinan. Hal ini sesuai dengan gambaran sifat pemimpin yang negatif; berlawan dengan sifat atau ciri pemimpin yang diidamkan, iaitu bijak, jujur dan amanah.Teori pilihan menjelaskan bahawa penggunaan ungkapan makian dari kelompok kata sifat adalah disebabkan masyarakat masih mampu mengawal emosi dan tetap menjaga kesantunan ketika berbicara dengan pemimpin atau orang yang lebih dihormati walaupun dalam suasana yang tidak menyenangkan.