Persepsi pelajar terhadap kebolehpasaran graduan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0
Artikel ini bertujuan membincangkan persepsi pelajar terhadap kebolehpasaran graduan dalam mendepani Revolusi Perindustrian 4.0. Kajian ini melihat sejauh mana pemahaman, penggunaan dan penguasaan kemahiran pelajar dalam teknologi untuk terus kekal kompeten dan berdaya saing pada masa hadapan. Kaj...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19342/ http://journalarticle.ukm.my/19342/1/Artikel_2_Lai-Wei-Sieng_FEP.pdf |
| Summary: | Artikel ini bertujuan membincangkan persepsi pelajar terhadap kebolehpasaran graduan dalam mendepani
Revolusi Perindustrian 4.0. Kajian ini melihat sejauh mana pemahaman, penggunaan dan penguasaan kemahiran
pelajar dalam teknologi untuk terus kekal kompeten dan berdaya saing pada masa hadapan. Kajian ini adalah
satu kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Responden dipilih secara
persampelan rawak mudah yang melibatkan sepenuhnya analisis kuantitatif dan diuji dengan perisian Statistical
Package for Social Science versi 22. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar sedar dan memahami pengetahuan
am, penggunaan teknologi serta jenis kemahiran yang diperlukan dalam era IR 4.0. Selain itu, ujian perbezaan
persepsi mahasiswa terhadap kemahiran yang diperlukan dalam mendepani IR 4.0 antara pelajar dari Program
Pentadbiran Perniagaan, Keusahawanan Inovasi dan Ekonomi berasaskan kepada ujian Kruskal Wallis adalah
tidak signifikan. Ini membuktikan bahawa tiada perbezaan perspesi di antara pelajar merentasi kursus pengajian.
Pelajar secara khasnya perlu beradaptasi demi kelangsungan dan agar kekal kompeten dan bersedia menempuhi
arus revolusi ini dengan penuh persediaan. |
|---|