Dakwah melalui pendekatan usrah terhadap pembangunan insan mahasiswa

Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Pembangunan insan mahasiswa menjadi tunggak kemajuan negara. Namun, di era siber ini, mahasiswa juga tidak terkecuali menghadapi cabaran dalam menghadapi pelbagai pengaruh luar yang memberi impak negatif kepada diri. Rentetan itu, program-program pemban...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Muqrie Mohd Sopi, Siti Jamiaah Abdul Jalil
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19296/
http://journalarticle.ukm.my/19296/1/478-Article%20Text-1667-1-10-20220630.pdf
Description
Summary:Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Pembangunan insan mahasiswa menjadi tunggak kemajuan negara. Namun, di era siber ini, mahasiswa juga tidak terkecuali menghadapi cabaran dalam menghadapi pelbagai pengaruh luar yang memberi impak negatif kepada diri. Rentetan itu, program-program pembangunan insan perlu di bangun dan diperkukuhkan agar dapat melestarikan kualiti keperibadian mahasiswa. Usrah merupakan salah satu aktiviti dakwah kepada mahasiswa yang telah sekian lama bertapak di universiti. Usrah antaranya berperanan sebagai tempat menimba ilmu, membimbing, melatih dan membantu ahli membangunkan diri menjadi insan beriman, berilmu dan beramal. Oleh itu, kajian ini merupakan kajian kepustakaan dan data diperolehi melalui metode analisis dokumen dan analisis kandungan bahan-bahan berkaitan kajian seperti jurnal, buku, majalah, akhbar dan lain-lain. Dapatan menunjukkan pendekatan usrah membantu meningkatkan kesedaran dan penghayatan agama serta memberi kesan dari sudut pembangunan insan mahasiswa dalam menyeimbangkan tuntutan duniawi dan ukhrawi.