Pendekatan heutagogi : persepsi murid terhadap pentaksiran rakan sebaya
Corak pendidikan negara kini mengalami evolusi dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21. Oleh yang demikian, implementasi pedagogi terkini seperti pendekatan heutagogi diperlukan dalam usaha untuk membangunkan kemahiran dan kompetensi murid untuk pendidikan sepanjang hayat. Pendekatan heutag...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19293/ http://journalarticle.ukm.my/19293/1/468-Article%20Text-1664-1-10-20220630.pdf |
| Summary: | Corak pendidikan negara kini mengalami evolusi dalam mendepani cabaran
pendidikan abad ke-21. Oleh yang demikian, implementasi pedagogi terkini seperti
pendekatan heutagogi diperlukan dalam usaha untuk membangunkan kemahiran
dan kompetensi murid untuk pendidikan sepanjang hayat. Pendekatan heutagogi
menggalakkan tindakan dan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran termasuklah memberi peluang kepada murid untuk menentukan dan
mengurus sendiri pentaksiran pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti penglibatan murid dalam pentaksiran rakan sebaya terhadap akhlak
Islamiah di sekolah menengah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif
menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 388 responden yang dipilih secara
rawak berstrata daripada murid tingkatan 4 yang belajar di sekolah menengah
kebangsaan di sepuluh pejabata pelajaran daerah (PPD) dalam negeri Selangor.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan murid dalam pentaksiran akhlak
Islamiah terhadap rakan sebaya berada pada tahap rendah. Secara keseluruhannya,
kesemua konstruk akhlak dalam pentaksiran akhlak Islamiah berada pada tahap
tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
gred pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terhadap pentaksiran
akhlak Islamiah. Oleh itu, kajian ini dapat membantu pihak guru dalam usaha
mempertingkatkan lagi tahap pentaksiran akhlak Islamiah terhadap rakan sebaya di
sekolah sebagai mekanisme untuk mengukur akhlak murid ke arah pembinaan
akhlak yang terpuji. Sehubungan dengan itu, pentaksiran rakan sebaya adalah salah
satu cara pentaksiran alternatif di sekolah yang boleh dilakukan untuk menilai
kualiti dan pencapaian murid sebagai amalan dalam pendidikan. Kajian ini menjadi
salah satu indikator terhadap keperluan pendekatan heutagogi dengan cara murid
membuat pentaksiran terhadap orang lain dan sekaligus melatih diri untuk menjadi
lebih baik. |
|---|