Pengetahuan pedagogi ilmu kandungan dalam kalangan guru Seni Visual sekolah menengah di Hulu Langat
Penguasaan pengetahuan dan kefahaman guru dalam kandungan matapelajaran adalah penting bagi memastikan kejayaan kejayaan PdPc di dalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap Pengetahuan Pedagogi Ilmu Kandungan (PPIK) guru Seni Visual di sekolah menengah di daerah Hulu Langat. Kajian i...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19203/ http://journalarticle.ukm.my/19203/1/33590-109652-1-PB.pdf |
| Summary: | Penguasaan pengetahuan dan kefahaman guru dalam kandungan matapelajaran adalah penting bagi
memastikan kejayaan kejayaan PdPc di dalam kelas. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap
Pengetahuan Pedagogi Ilmu Kandungan (PPIK) guru Seni Visual di sekolah menengah di daerah Hulu
Langat. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik
yang terdiri daripada 70 item. Borang tersebut mengukur empat komponen PPIK, iaitu Pengetahuan Ilmu
Kandungan (PIK), Pengetahuan Pedagogi Am (PPA), Pengetahuan Pedagogi Khusus (PPK) dan Pengetahuan
Konteks (PK) dan telah ditadbir ke atas 36 guru Seni Visual di sekolah menengah daerah Hulu Langat. Data
dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan secara keseluruhan tahap PPIK guru-guru Seni Visual
di daerah Hulu Langat adalah tinggi, di mana PIK merupakan komponen PPIK yang paling tinggi, diikuti
dengan komponen PPK, PPA dan PK. Analisis juga menunjukkan bahawa guru-guru Seni Visual menguasai
kawalan bilik darjah secara optimum, menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid, namun kurang
mendapat pendedahan latihan dan kursus perkembangan profesional yang berkaitan dengan pedagogi
Pendidikan Seni Visual (PSV). Kajian ini menunjukkan bahawa latihan yang sesuai perlu diberikan secara
berterusan kepada guru Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bagi meningkatkan PPIK guru Seni
Visual dan seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran PSV. |
|---|