Keberkesanan strategi pengajaran meta-perbincangan ke atas pencapaian lisan bahasa Inggeris pelajar
Literatur menunjukkan bahawa strategi meta-perbincangan dapat menyumbang kepada peningkatan penguasaan bahasa. Kajian kuasi-eksperimen kumpulan kawalan tidak serupa ini menguji keberkesanan teknik pengajaran strategi meta-perbincangan ke atas tahap pencapaian lisan bahasa Inggeris, kesedaran metakog...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19124/ http://journalarticle.ukm.my/19124/1/42611-182454-1-PB.pdf |
| Summary: | Literatur menunjukkan bahawa strategi meta-perbincangan dapat menyumbang kepada peningkatan penguasaan bahasa. Kajian kuasi-eksperimen kumpulan kawalan tidak serupa ini menguji keberkesanan teknik pengajaran strategi meta-perbincangan ke atas tahap pencapaian lisan bahasa Inggeris, kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman dan refleksi metakognitif 124 orang pelajar yang mengikuti kursus kemahiran bahasa Inggeris Academic Communication I yang ditawarkan oleh Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan strategi meta-perbincangan selama 10 minggu dan kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah konvensional. Kajian ini menggunakan soal selidik Indikator Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (InKePPP) untuk mengukur tahap kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman, dan refleksi metakognitif pelajar. Ujian lisan telah digunakan untuk mengukur aspek kemahiran lisan. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa pengajaran strategi meta-perbincangan memberi kesan yang signifikan terhadap kelima-lima variabel bersandar, iaitu pencapaian lisan, kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman dan refleksi metakognitif dengan saiz kesan yang sederhana. Kesimpulannya, pengajaran strategi meta-perbincangan adalah berkesan dalam peningkatan tahap pencapaian lisan bahasa Inggeris pelajar. Implikasinya, guru-guru bahasa perlu dilatih untuk menguasai strategi pengajaran meta-perbincangan, agar ia dapat digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan tahap pencapaian kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. |
|---|