Kesediaan, motivasi dan kepuasan pelajar Tingkatan 1 dalam pembelajaran KOMSAS secara dalam talian

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Chew, Fong Peng, Zahwah Jamaludin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19107/
http://journalarticle.ukm.my/19107/1/302-573-1-SM.pdf
Description
Summary:Pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesediaan, motivasi dan kepuasan pelajar dalam pembelajaran KOMSAS secara dalam talian. Seramai 90 orang pelajar tingkatan 1 sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pasir Gudang, Johor telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah persampelan selesa. Kajian menggunakan soal selidik yang mengandungi empat bahagian yang terdiri daripada demografi responden, kesediaan, motivasi dan kepuasan. Statistik deskritiptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tingkatan 1 bersedia mengikuti pembelajaran KOMSAS secara dalam talian, mempunyai motivasi dan kepuasan yang sederhana dalam pembelajaran KOMSAS secara dalam talian. Hasil dapatan juga mendapati hubungan positif yang signifikan pada tahap yang tinggi antara kesediaan, motivasi dan kepuasan pelajar dan pembelajaran KOMSAS dalam talian.