Meneroka makna ungkapan dalam bahan seni bahasa tahun lima : satu analisis semantik inkuisitif

Sajak ialah salah satu aspek seni bahasa yang diajar dengan bersistematik di peringkat pendidikan rendah. Bagi mengimbangi kognitif murid dengan perkembangan pendidikan abad ke-21, satu pendekatan yang bersifat holistik dan multidisiplin perlu diketengahkan. Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: George Romiko Bujang, Mary Fatimah Subet
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19105/
http://journalarticle.ukm.my/19105/1/300-569-1-SM.pdf
Description
Summary:Sajak ialah salah satu aspek seni bahasa yang diajar dengan bersistematik di peringkat pendidikan rendah. Bagi mengimbangi kognitif murid dengan perkembangan pendidikan abad ke-21, satu pendekatan yang bersifat holistik dan multidisiplin perlu diketengahkan. Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan semantik inkusitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) untuk merungkai makna ungkapan dalam sajak secara berperingkat sehingga menemui falsafah dan akal budi. Teori Relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan dalam peringkat kedua analisis semantik inkuisitif ini. Seramai 11 orang murid tahun lima telah terlibat sebagai responden kajian. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks iaitu ungkapan yang dipilih daripada sajak sebagai data kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan semantik inkusitif yang bersistematik dan multidisiplin ini berupaya mengembangkan kognitif murid dalam usaha meneroka makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Penggunaan Teori Relevans dan RRS dalam peringkat kedua analisis semantik inkuisitif menjadikan pembelajaran pendidikan seni bahasa lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan. Pendekatan semantik inkusitif yang diaplikasikan ini diharapkan menjadi kaedah yang sesuai dengan amalan pendidikan abad ke-21 untuk menghasilkan impak pembelajaran seni bahasa yang lebih berkualiti.