Keperluan deklarasi hibah dan kekangannya dalam perancangan harta orang Islam

Kesedaran masyarakat Islam merancang melalui instrumen hibah semasa hidup semakin memberangsangkan. Hal ini dapat dibuktikkan melalui peningkatan kes berkaitan hibah di Mahkamah Syariah. Hibah juga dihujahkan menjadi instrumen berkesan dalam menangani masalah berkaitan harta pusaka termasuklah penin...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosmiza Ismail, Salmy Edawati Yaacob, Mohd Zamro Muda
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19056/
http://journalarticle.ukm.my/19056/1/JCIL-2020-52-Article-7.pdf
Description
Summary:Kesedaran masyarakat Islam merancang melalui instrumen hibah semasa hidup semakin memberangsangkan. Hal ini dapat dibuktikkan melalui peningkatan kes berkaitan hibah di Mahkamah Syariah. Hibah juga dihujahkan menjadi instrumen berkesan dalam menangani masalah berkaitan harta pusaka termasuklah peningkatan harta beku. Namun, terdapat beberapa kelemahan dalam deklarasi hibah yang boleh menjejaskan hak-hak pihak yang berkaitan. Kajian ini bertujuan menganalisis kelemahan serta kekangan dalam deklarasi hibah melalui dokumen yang dilaksanakan. Kaedah pengumpulan data dan analisis dokumen digunakan untuk kajian ini termasuk data primer dan sekunder seperti kitab- kitab, artikel-artikel lepas berkaitan dokumen hibah, jurnal hukum dan data dari syarikat amanah. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam deklarasi hibah yang perlu di atasi dari semasa ke semasa. Penggubalan undang-undang hibah pada masa akan datang perlu mengambil kira peruntukan syarak dan undang-undang tempatan bagi mengelakkan sebarang konflik dan pertikaian.