Garis panduan kontrak derivatif berasaskan syariah

Kontrak derivatif merupakan kaedah pengurusan risiko atau lindung nilai yang penting dalam dunia kewangan. Namun, kontrak ini masih tidak memenuhi kehendak Syariah sepenuhnya. Spekulasi dalam pasaran derivatif merupakan isu terbesar yang menjadi perbincangan sarjana Islam masa kini. Hal ini adalah k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hafiz Mohd Dasar, Azlin Alisa Ahmad, Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/19055/
http://journalarticle.ukm.my/19055/1/JCIL-2020-52-Article-6.pdf
Description
Summary:Kontrak derivatif merupakan kaedah pengurusan risiko atau lindung nilai yang penting dalam dunia kewangan. Namun, kontrak ini masih tidak memenuhi kehendak Syariah sepenuhnya. Spekulasi dalam pasaran derivatif merupakan isu terbesar yang menjadi perbincangan sarjana Islam masa kini. Hal ini adalah kerana spekulasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam merancakkan pasaran derivatif. Sedangkan aktiviti spekulasi yang berlebihan telah mengundang berlakunya kejatuhan pasaran yang kritikal sekaligus menjadikan kontrak derivatif tidak selaras dengan kehendak syarak. Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis elemen-elemen utama yang perlu wujud dalam kontrak derivatif bagi memastikan ianya patuh syariah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan sebagai metod kajian. Kajian ini juga menganalisis beberapa artikel jurnal dan polisi dokumen berkaitan isu derivatif. Kajian ini tertumpu pada kontrak derivatif. Hasil dari kajian mendapati terdapat elemen-elemen penting bagi memastikan kontrak derivatif dilaksanakan bertepatan dengan kehendak syariah antaranya ialah tujuan memasuki kontrak derivatif adalah untuk lindung nilai, aset dan kontrak pendasar patuh syariah, tiada pemisahan risiko dengan aset pendasar dan memberi impak ekonomi yang sebenar. Selain itu juga, konsep maslahah dan mafsadah boleh dijadikan kerangka dalam memastikan kontrak derivatif bertepatan dengan objektif syariah.