Pengurusan pembangunan portfolio aset wakaf : keterdedahan risiko dan pengurusannya
Pengurusan pembangunan portfolio aset wakaf berhadapan dengan isu kekangan dana untuk membangunkan aset tidak alih, membentuk aset baharu serta porfolio aset wakaf yang kurang dinamik. Walaupun terdapat beberapa cadangan pendekatan yang telah diketengahkan oleh pengkaji lepas, ianya belum dilaksan...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19049/ http://journalarticle.ukm.my/19049/1/JCIL-2020-51-Article-4..pdf |
| Summary: | Pengurusan pembangunan portfolio aset wakaf berhadapan dengan isu kekangan dana untuk membangunkan aset
tidak alih, membentuk aset baharu serta porfolio aset wakaf yang kurang dinamik. Walaupun terdapat beberapa
cadangan pendekatan yang telah diketengahkan oleh pengkaji lepas, ianya belum dilaksanakan sepenuhnya.
Perhatian turut diberikan terhadap isu-isu pengoperasian, kewangan, undang-undang, reputasi dan pematuhan
yang menjadi perhatian dalam kalangan pengkaji. Aktiviti-aktiviti pembangunan dalam sektor ekonomi dan
kewangan sering mempertimbangkan kedudukan risiko dan memerlukan penganalisisan bagi menentukan
pendekatan pengurusan risiko. Justeru artikel konseptual ini bakal menganalisis secara komprehensif terhadap isuisu
dalam aktiviti pembangunan wakaf melalui kajian lepas bagi mengenal pasti risiko-risiko yang wujud
seterusnya memberikan idea pendekatan pengurusan risiko yang bersesuaian dalam konteks wakaf. Reka bentuk
kajian adalah kajian kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti
tadbir urus dan pengoperasian merupakan bahagian utama yang telah terdedah kepada risiko dan telah
menyebabkan wujudnya risiko-risiko yang lain. Selain itu, analisis keterdedahan risiko turut mengenal pasti
pendekatan yang lebih holistik dan moden kerana hubung kait secara menyeluruh di antara risiko-risiko yang
terdedah seterusnya mengukuhkan pembangunan portfolio aset wakaf. |
|---|