Implikasi pindaan Akta 164 terhadap perkahwinan dan harta pusaka mualaf
Pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak, suami atau isteri perkahwinan sivil, lazimnya menimbulkan implikasi perundangan sama ada mengenai diri mualaf atau terhadap ahli keluarga. Isu berbangkit melibatkan pasangan daripada perkahwinan sivil, apabila salah seorang daripadanya memeluk agama Isl...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Penyelidikan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/19047/ http://journalarticle.ukm.my/19047/1/JCIL-2020-51-Article-2.pdf |
| Summary: | Pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak, suami atau isteri perkahwinan sivil, lazimnya menimbulkan
implikasi perundangan sama ada mengenai diri mualaf atau terhadap ahli keluarga. Isu berbangkit melibatkan
pasangan daripada perkahwinan sivil, apabila salah seorang daripadanya memeluk agama Islam, antaranya ialah
pembubaran perkahwinan, dan perwarisan serta pembahagian harta perkahwinan. Justeru, penulisan ini akan
membincangkan pindaan terkini ke atas Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976
atau Akta 164 yang melibatkan pasangan perkahwinan sivil yang memeluk Islam. Objektif penulisan ini ialah
menilai implikasi pindaan Akta 164 terhadap permohonan pembubaran perkahwinan dan perwarisan serta
pembahagian harta antara pasangan mualaf dan pasangan yang kekal sebagai non-muslim. Penulisan menghurai
secara kualitatif data-data yang dikumpul menggunakan analisa deskriptif dan dipersembahkan mengikut tematema
yang sesuai. Analisis Data mendapati sebelum pindaan Akta 164 diluluskan, terdapat kes di mana harta
pusaka mualaf diberikan kepada pasangannya yang tidak memeluk agama Islam. Ini kerana perkahwinan sivil
mereka kekal dan sah dari sudut perundangan sivil dan tidak terbubar disebabkan pengislaman pasangannya.
Seksyen 51 Akta 164 telah dipinda pada tahun 2017, namun sehingga kini masih belum terdapat kes-kes yang
berkaitan. Namun, pindaan membolehkan perkahwinan sivil dibubarkan kerana hak diberi kepada pihak yang tidak
memeluk Islam serta mualaf untuk memohon membubarkan perkahwinan sivil mereka. Kajian ini merumuskan
bahawa selepas berlaku pindaan terhadap Akta 164, isu pembubaran perkahwinan sivil dapat diselesaikan
termasuk juga isu pewarisan bagi pihak yang memeluk agama Islam. Pindaan ini secara langsung memudahkan
kedua-dua pihak meyelesaikan isu pembahagian harta pusaka. Sekiranya perkahwinan telah terbubar secara
langsung harta pusaka tidak akan dapat diwarisi oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam dan pembahagian
harta pusaka boleh dibahagikan kepada pihak yang layak untuk menerima. Sekiranya pihak yang memeluk agama
Islam tidak mempunyai waris yang beragama Islam, harta pusaka tersebut akan diberikan kepada baitulmal. |
|---|