Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu

Penolakan ajakan adalah salah satu lakuan bahasa yang penting kerana ia memerlukan penjagaan air muka lawan tutur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu dengan membuat perbandingan antara dua tindakan yang berbeza, iaitu ajakan unt...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hieda, Natsue, Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18842/
http://journalarticle.ukm.my/18842/1/45612-182512-1-PB.pdf
_version_ 1848814681296207872
author Hieda, Natsue
Nor Hashimah Jalaluddin,
Mohammad Fadzeli Jaafar,
author_facet Hieda, Natsue
Nor Hashimah Jalaluddin,
Mohammad Fadzeli Jaafar,
author_sort Hieda, Natsue
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Penolakan ajakan adalah salah satu lakuan bahasa yang penting kerana ia memerlukan penjagaan air muka lawan tutur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu dengan membuat perbandingan antara dua tindakan yang berbeza, iaitu ajakan untuk “membeli-belah” dengan “mengadakan parti”. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah lakonan terbuka menerusi aplikasi WhatsApp dengan melibatkan 20 orang informan Melayu. Data wacana dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif dari tiga perspektif, iaitu kekerapan penggunaan formula semantik, purata penggunaan formula semantik per kapita dan purata penggunaan emoji. Strategi yang digunakan oleh informan dibincangkan berdasarkan teori kesantunan yang diutarakan oleh Brown dan Levinson. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya informan lebih cenderung untuk mementingkan kesantunan positif bagi kedua-dua tindakan. Terdapat dua jenis formula semantik yang menunjukkan perbezaan signifikan antara dua tindakan tersebut. Formula semantik {cadangan} lebih kerap digunakan bagi tindakan untuk “membeli-belah”, manakala {kata seru positif} lebih kerap digunakan bagi tindakan untuk “mengadakan parti” secara signifikan. Pernyataan {sebab tambahan} juga cenderung untuk lebih banyak digunakan bagi tindakan untuk “mengadakan parti”. Namun begitu, tiada perbezaan signifikan dari sudut purata penggunaan formula semantik per kapita. Emoji wajah [emosi positif] juga lebih banyak ditemui bagi tindakan untuk “mengadakan parti” secara signifikan. Kajian ini telah menonjolkan bahawa informan Melayu memperkuatkan penggunaan strategi kesantunan positif bagi tindakan yang bersifat lebih istimewa, bukan melaraskan strategi kesantunan negatif.
first_indexed 2025-11-15T00:37:57Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:18842
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T00:37:57Z
publishDate 2022
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:188422022-06-28T01:03:38Z http://journalarticle.ukm.my/18842/ Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu Hieda, Natsue Nor Hashimah Jalaluddin, Mohammad Fadzeli Jaafar, Penolakan ajakan adalah salah satu lakuan bahasa yang penting kerana ia memerlukan penjagaan air muka lawan tutur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu dengan membuat perbandingan antara dua tindakan yang berbeza, iaitu ajakan untuk “membeli-belah” dengan “mengadakan parti”. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah lakonan terbuka menerusi aplikasi WhatsApp dengan melibatkan 20 orang informan Melayu. Data wacana dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif dari tiga perspektif, iaitu kekerapan penggunaan formula semantik, purata penggunaan formula semantik per kapita dan purata penggunaan emoji. Strategi yang digunakan oleh informan dibincangkan berdasarkan teori kesantunan yang diutarakan oleh Brown dan Levinson. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya informan lebih cenderung untuk mementingkan kesantunan positif bagi kedua-dua tindakan. Terdapat dua jenis formula semantik yang menunjukkan perbezaan signifikan antara dua tindakan tersebut. Formula semantik {cadangan} lebih kerap digunakan bagi tindakan untuk “membeli-belah”, manakala {kata seru positif} lebih kerap digunakan bagi tindakan untuk “mengadakan parti” secara signifikan. Pernyataan {sebab tambahan} juga cenderung untuk lebih banyak digunakan bagi tindakan untuk “mengadakan parti”. Namun begitu, tiada perbezaan signifikan dari sudut purata penggunaan formula semantik per kapita. Emoji wajah [emosi positif] juga lebih banyak ditemui bagi tindakan untuk “mengadakan parti” secara signifikan. Kajian ini telah menonjolkan bahawa informan Melayu memperkuatkan penggunaan strategi kesantunan positif bagi tindakan yang bersifat lebih istimewa, bukan melaraskan strategi kesantunan negatif. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/18842/1/45612-182512-1-PB.pdf Hieda, Natsue and Nor Hashimah Jalaluddin, and Mohammad Fadzeli Jaafar, (2022) Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu. AKADEMIKA, 92 (1). pp. 151-164. ISSN 0126-5008 https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1464
spellingShingle Hieda, Natsue
Nor Hashimah Jalaluddin,
Mohammad Fadzeli Jaafar,
Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu
title Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu
title_full Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu
title_fullStr Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu
title_full_unstemmed Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu
title_short Strategi penolakan ajakan menerusi WhatsApp dalam masyarakat Melayu
title_sort strategi penolakan ajakan menerusi whatsapp dalam masyarakat melayu
url http://journalarticle.ukm.my/18842/
http://journalarticle.ukm.my/18842/
http://journalarticle.ukm.my/18842/1/45612-182512-1-PB.pdf