Nilai Islam dalam pengurusan modal intelek di sektor perhotelan

Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana nilai Islam yang meliputi modal insan, modal struktur dan modal hubungan diamalkan dalam pengurusan modal intelek di sektor perhotelan. Kajian ini melibatkan 80 pengurus hotel di Malaysia menggunakan data kajian lapangan secara keratan rentas. Responde...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Kasmini Tengku Wook, Noradiva Hamzah, Norlida Hanim Mohd Salleh, Rozita Amiruddin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18784/
http://journalarticle.ukm.my/18784/1/jeko_552-1-2.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana nilai Islam yang meliputi modal insan, modal struktur dan modal hubungan diamalkan dalam pengurusan modal intelek di sektor perhotelan. Kajian ini melibatkan 80 pengurus hotel di Malaysia menggunakan data kajian lapangan secara keratan rentas. Responden dipilih secara rawak menggunakan kaedah pensampelan berstrata dan analisis data menggunakan perisian SmartPLS. Hasil kajian menunjukkan modal insan, modal struktur dan modal hubungan adalah signifikan dan secara positif mempengaruhi modal intelek. Dapatan kajian menunjukkan nilai seperti pengetahuan, jujur, orientasi halal dan elak pembaziran mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan modal intelek. Kajian ini menyimpulkan bahawa nilai Islam amat penting dalam pengurusan modal intelek di peringkat organisasi. Di peringkat penggubal dasar, nilai Islam perlu di integrasi dengan lebih berkesan sebagai mekanisma bagi memperkasa pelaksanaan konsep pelancongan Mesra-Muslim dalam industri pelancongan di negara ini.