Perbandingan kecekapan penjerapan karbon teraktif daripada pelbagai herba

Penghasilan karbon teraktif daripada herba telah mendapat perhatian dan minat ramai penyelidik. Hal ini demikian kerana tumbuhan herba mempunyai prestasi yang baik dalam proses penyingkiran dan pemulihan logam berat. Tambahan pula, kosnya yang rendah dan ketersediaannya dengan kuantiti yang banyak m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: J. Jaga Sahsiny, Marissa Widya Baba Haizal, Nur Ain Nadhirah Mohd Razali, Thuushren Ragunathan, Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Darman Nordin, Jarinah Mohd Ali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18766/
http://journalarticle.ukm.my/18766/1/19.pdf
Description
Summary:Penghasilan karbon teraktif daripada herba telah mendapat perhatian dan minat ramai penyelidik. Hal ini demikian kerana tumbuhan herba mempunyai prestasi yang baik dalam proses penyingkiran dan pemulihan logam berat. Tambahan pula, kosnya yang rendah dan ketersediaannya dengan kuantiti yang banyak menarik minat para penyelidik untuk menghasilkan karbon teraktif daripada herba. Herba adalah alternatif yang lebih murah, berkesan daripada karbon aktif komersial (AC) untuk penyingkiran logam berat dan pewarna tekstil berasaskan air. Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang digunakan dalam ujikaji ini. Antaranya termasuklah daum neem, daun kari, daun moringga dan daun tulasi. Selain itu, bahan penjerap lain yang juga boleh digunakan termasuk sekam padi; sekam kelapa; sisa kulit nangka dan sebagainya. Kaedah yang sering digunakan bagi menghasilkan karbon teraktif daripada herba ialah proses pengaktifan yang terdiri daripada pengaktifan fizikal dan kimia. Kaedah-kaedah ini boleh memberi kesan yang positif mahupun negatif terhadap ciri-ciri dan sifat kimia atau fizikal karbon teraktif yang diperbuat daripada herba. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang mempengaruhi kapasiti penjerapan dan kecekapan penjerapan diperhatikan daripada kajian kepustaakaan dan dibandingkan dengan keputusan ujikaji. Selain itu, beberapa hasil dari kajian terkini berkenaan karbon teraktif yang disediakan dari pelbagai jenis herba dan kaedah pengaktifan yang berkaitan dengan karbon teraktif daripada herba turut dibincangkan. Evolusi penjerapan telah berubah dari pendekatan alternatif kepada teknik yang betul dan mempunyai banyak kelebihan. Prestasi penjerapan juga lebih memuaskan dari segi kapasiti penjerapan dan menyelesaikan masalah pencemaran air sisa dengan cara yang lebih menjimatkan. Justeru dapat mengatasi sebahagian daripada masalah sisa pepejal di seluruh dunia.