Komunikasi bukan lisan dalam konteks kehadiran sosial di ruang maya

Kajian berkaitan komunikasi bukan lisan di alam maya perlu diterokai akibat perubahan dalam proses komunikasi yang kini bergantung kepada interaksi secara dalam talian. Pandemik COVID-19 telah membuka ruang dalam memahami kehadiran seseorang individu secara maya dan keberkesanan komunikasi bukan lis...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nuredayu Omar, Salafiah Mohd Ali
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18720/
http://journalarticle.ukm.my/18720/1/53039-174593-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian berkaitan komunikasi bukan lisan di alam maya perlu diterokai akibat perubahan dalam proses komunikasi yang kini bergantung kepada interaksi secara dalam talian. Pandemik COVID-19 telah membuka ruang dalam memahami kehadiran seseorang individu secara maya dan keberkesanan komunikasi bukan lisan yang diamalkan. Dalam konteks kajian ini, komunikasi bukan lisan diterokai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Teori Kehadiran Sosial digunakan dalam memahami praktis pensyarah untuk mewujudkan hubungan melalui kehadiran maya dan membina kedekatan dengan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Temu bual mendalam dijalankan dengan sepuluh orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian mendapati bahawa pensyarah dapat mewujudkan hubungan dan kedekatan dengan pelajar melalui tanda-tanda komunikasi bukan lisan seperti kinesik, proksemik, kronemik, dan paralinguistik. Pensyarah yang mengamalkan komunikasi bukan lisan yang efektif menimbulkan kesan positif kepada pelajar dari aspek motivasi untuk belajar, fokus dalam sesi pembelajaran, menimbulkan kesukaan dalam memahami topik, dan bersikap tenang dalam pembelajaran. Namun, komunikasi bukan lisan pensyarah juga telah memberikan kesan yang negatif sekiranya pensyarah tidak dapat membina hubungan yang baik khususnya dari segi kronemik dan ekspresi wajah. Ia menyebabkan pelajar tidak bermotivasi dan mengalami tekanan perasaan. Kesimpulannya, komunikasi bukan lisan masih penting dalam proses mewujudkan kehadiran sosial dan pembinaan hubungan walaupun secara dalam talian. Amalan komunikasi bukan lisan semasa kehadiran sosial individu di ruang maya perlu diterokai dalam konteks lain seperti dalam sesebuah organisasi.