Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia
Dewasa ini, bidang keusahawanan sedang rancak dikembangkan di Malaysia menerusi pendidikan formal. Ini termasuklah usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Namun, yang menjadi persoalannya kini adalah hanya segelintir kecil pelajar sahaja yan...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/18702/ http://journalarticle.ukm.my/18702/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-10_Norain-Mod-Asri_FEP2.pdf |
| Summary: | Dewasa ini, bidang keusahawanan sedang rancak dikembangkan di Malaysia menerusi pendidikan formal. Ini
termasuklah usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Namun, yang menjadi persoalannya kini adalah hanya segelintir kecil pelajar sahaja yang dikenalpasti telah
menceburkan diri dalam perniagaan walaupun banyak usaha dan sumber kewangan telah dilaburkan oleh pihak
universiti dan kementerian. Justeru, kajian ini bakal mengupas isu berkaitan tahap kecenderungan mahasiswa
UKM terhadap keusahawanan. Pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk
soalan tertutup dan skala Likert. Seramai 310 pelajar yang aktif dalam bidang keusahawanan dari pelbagai latar
belakang telah dipilih menerusi kaedah 'purposive sampling'. Dapatan kajian yang dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) secara deskriptif menunjukkan walaupun lebih dua per tiga pelajar
berkecenderungan terhadap keusahawanan terutama di kalangan pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, tetapi
taburan pelajar adalah tidak sama rata mengikut fakulti. Di samping itu, didapati bilangan pelajar yang mempunyai
kecenderungan keusahawanan turut semakin merosot sewaktu semester-semester terakhir pelajar berada di IPT. |
|---|