Faktor-faktor keterlibatan pelajar universiti dalam kerja sambilan

Kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dengan kerja sambilan. Faktorfaktor yang dikaji adalah latar belakang keluarga, kemahiran insaniah, sumber kewangan dan prospek pekerjaan masa hadapan. Seramai 109 orang responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khairil Rasyidi Izazi, Ros Zam Zam Sapian
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/18690/
http://journalarticle.ukm.my/18690/1/admin_personalia%2C%2BArtikel-1_Ros-Zam-Zam-Sapian_FEP%20%281%29.pdf
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang mendorong keterlibatan pelajar dengan kerja sambilan. Faktorfaktor yang dikaji adalah latar belakang keluarga, kemahiran insaniah, sumber kewangan dan prospek pekerjaan masa hadapan. Seramai 109 orang responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang mengandungi 42 item. Berdasarkan kepada kaedah analisis regresi, didapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara faktor kemahiran insaniah dan sumber kewangan dengan keterlibatan pelajar bekerja sambilan. Prospek pekerjaan masa hadapan juga mempunyai impak yang positif dan signifikan dalam menentukan kecenderungan pelajar terlibat dalam kerja sambilan.